Selepas kegagalan perhimpunan sejuta umat Sabtu lalu, mereka sedar bahawa
isu murtad tidak diterima seperti yang mereka harapkan, jadi mereka perlu berbalik semula kepada isu hudud dan sekali lagi cuba untuk mewujudkan konflik di antara DAP dan PAS.
Bernama dan Utusan Malaysia sengaja menggelarkan kerajaan Pulau Pinang sebagai 'Kerajaan DAP Pulau Pinang' untuk memesongkan pemikiran penduduk Malaysia. Mereka mahu orang Melayu fikir bahawa Pulau Pinang telah 'hilang' kepada orang Cina atau pun DAP (yang lebih merujuk kepada orang Cina) yang berkuasa di Pulau Pinang.
Umno Bn menjadikan bangsa dan agama sebagai senjata terakhir mereka, setelah Rakyat sudah muak dengan mereka. Dengan melemparkan isu 'tidak menghormati Raja-raja' atau 'menghina Raja-raja' bersama elemen-elemen tersebut, kita akan mendapat bahan letupan yang menakjubkan dan ia dipanggil program 3R.
Semestinya, 3R akan berhasil jika disempurnakan dengan baik. Isu bangsa (race), agama (religion) dan Raja-raja Melayu (Rulers) boleh menjadikan orang Melayu naik amok jika mereka percaya yang 3 perkara ini diserang atau dihina oleh bangsa lain. Dan itulah apa yang media Kerajaan dan media-media yang dikawal oleh Kerajaan sedang lakukan.
Aku tak faham kenapa rakyat Malaysia lebih cepat emosi. Begitu mudah untuk kenakan rakyat Malaysia - samada Melayu, Cina, India atau bangsa lain. Hanya dengan membangkitan isu bangsa, agama dan Raja-raja akan menyaksikan rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri.
Sepatutnya tumpuan sudah terang benderang siang hari. Kita perlukan perubahan dalam negara kita Malaysia, dan tumpuan sekarang adalah bagaimana untuk melaksanakannya. Tetapi setelah fikiran kita bercelaru dengan isu-isu bangsa, agama dan Raja-raja, kita akan terganggu dan mula bertelagah tentang isu yang tidak akan membawa sebarang perubahan.
Anda mempunyai peluang terakhir untuk melakukan perubahan tersebut. Dan jika anda mensia-siakan peluang kali ini, jangan sekali-kali bermimpi untuk peluang yang sama di masa akan datang. Elvis Presley pernah berkarya: It’s now or never’ - sekarang atau tidak selama-lamanya.
Bekas Jeneral Ukraine: Perang Dunia Ketiga sudah bermula
-
KOSMOASKAR Ukraine menggunakan Meriam howitzer di Donetsk, Isnin lalu. -
Foto AFP KYIV – Bekas komander Tentera Ukraine, Valery Zaluzhny berkata
bahawa pen...
5 minutes ago
No comments:
Post a Comment