menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri NajibRosmah dan Timbalan.
· sewa rumah PM NajibRosmah dan Timbalan mencecah RM18,000 sehari = RM setengah juta sebulan
· Kos baik pulih mencecah RM60,000 sebulan
· Bil elektrik RM5,704 sehari = RM171,000 sebulan
· Bil air RM1,092 sehari = Rm32,700 sebulan
Lawatan Ke Luar Negara
Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.
Najib dan Rosmah membelanjakan :
2008 – RM1,739,332.85
2009 – RM4,811,837.48
2010 - RM5,140,307.99
Hingga Jun2011 - RM5,427,172.26
Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri PM Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Hotel Atlantis, Dubai |
Malah, Rosmah Mansor didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.
*
Aku terpanggil untuk mengulas isu ini. Bukannya aku nak gunakan isu ini sebagai mainan politik, tapi hakikatnya apabila membayangkan jumlah yang amat besar itu, hatiku amat terguris.
Aku yakin bukan aku sorang saja yang sedih tapi hampir kesemua rakyat yang bertungkus lumus untuk mendapatkan RM1000 sebulan pun akan sedih.
Aku yakin bukan aku sorang saja yang sedih tapi hampir kesemua rakyat yang bertungkus lumus untuk mendapatkan RM1000 sebulan pun akan sedih.
Di saat kerajaan arahkan rakyat supaya berjimat cermat, siap keluar surat pekeliling suruh semua pejabat kerajaan menggunakan suhu aircond tidak melebihi 24 darjah celcius demi untuk penjimatan, tapi keluar pula fakta rasmi perbelanjaan Perdana Menteri yang tak masuk dek akal. Kos sebanyak ini dapat membantu beribu-ribu rakyat miskin di Malaysia ni.
Seorang pelajar universiti mengeluh, “Tu laaa…kita org belajar ni..nak dapat duit zakat dari kerajaan RM1000 setahun pun.. sikit punya payah nak boleh lulus… terpaksa jual kuih muih… nak cari sesuap nasi utk meneruskan pengajian dan sara hidup…”
Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, dengan kebijaksanaan dan kezuhudan beliau, tiada seorang pun rakyat miskin dalam zaman pemerintahan beliau. Pemimpin seperti inilah yang sangat ditunggu oleh umat Islam dan seluruh makhluk sekelian alam.
No comments:
Post a Comment