Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) berkata hari ini menyokong
kenyataan yang dibuat oleh Putrajaya bahawa pengguna tidak bersedia untuk
pelaksanaan cukai GST.
Semalam, Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah berkata,
kerajaan akan melibatkan semua pihak untuk menyediakan lebih banyak pengetahuan
mendalam mengenai perlaksanaan cukai GST.
"Kerajaan amat prihatin ke atas sentimen rakyat
terhadap GST. Itu adalah sesuatu yang
sangat penting sebagai salah faham lagi boleh menghalang pelaksanaan sistem
cukai, " beliau dipetik sebagai berkata.
Rang Undang-undang GST dibentangkan di Parlimen untuk bacaan
kali pertama pada bulan Disember 2009 tetapi bacaan kedua, asalnya dirancang
untuk Mac 2010, telah ditangguhkan. (sudah pasti selepas pilihanraya untuk
mengelak kemarahan rakyat tidak mengundi Bn).
Selepas Pilihanraya atau Sebelum… Rakyat bukannya Bodoh
Secara ringkasnya GST ini adalah : Beli apa sahaja barang keperluan, kena cukai
GST 4% (pengecualian kepada beras, sayur, tepung dan gula). Di masa hadapan tidak mustahil semua boleh
dikenakan GST, dan kadar yang dikenakan pada 4% itupun tidak mustahil akan
dinaikkan jugak.
Sekarang ni kerajaan mengenakan cukai jualan dan
perkhidmatan 6% apabila kita makan di McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain.
Yang bezanya antara cukai GST dan cukai sekarang ialah dulu
cukai hanya untuk golongan yang mampu makan di tempat-tempat yang disebutkan
tadi, tetapi sekarang cukai GST akan dikenakan untuk kesemua jenis barangan,
contohnya beli kopi, baju, susu untuk anak, tayar motor, ikan di pasar…. apa
sajalah yang anda beli di Tesco, Giant, Carrefour, kedai mamak…dan lain-lain
akan dikenakan cukai kerajaan 4%.
Dan cukai ini yang pastinya akan dibayar oleh kita semua,
semua golongan termasuk orang Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa jua parti
sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko.
Propaganda akan bermula untuk bodohkan rakyat agar terima
cukai GST... Seperti biasa, hujah-hujah
basi seperti cukai kita lebih rendah dari negara lain, negara lain sudah lama
menjalankan GST, cukai hanya 4% dan sebagainya akan digunakan untuk
memperbodohkan rakyat.
INILAH taktik Najib
memperbodohkan rakyat dengan belanjawan gula-gulanya. Jika BN menang dalam PRU13 nati, sudah pasti “Rakyat
Tanggung Penderitaan Di Dalam Kehidupan Harian”.
Reformis Anak Muda nak bagitahu la…. Najib Rosmah dan
Kerajaan Malaysia tidak akan bankrap…. Tapi rakyat Malaysia terutama yang
anak-anak muda ni yang akan bankrap dulu.
Udah la barang mahal, kerja gaji sikit, hutang bertambah…. Lepas ni nak
kenakan cukai GST lagi….
Kesimpulannya senang aje…. Kita tukar BN dengan
Pakatan Rakyat… bagi can 5 tahun... Ayuh Anak Muda!!!
(GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan
kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan
di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan
termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport - Kementerian Kewangan
http://www.treasury.gov.my)
Sebagai pengguna saya rasa ini lah masa nya kita gunakan kuasa beli kita. perkhidmatan yang dah kena cas 6% tu kita sama2 boikot! Stop makan dan shoping kat tempat2 ini selama 1 bulan atau 2 bulan. kita tengok reaksi mereka macamana.
ReplyDelete