Kerajaan UmnoBn telah mengisytiharkan "perang"
terhadap rakyat Malaysia yang cintakan perubahan dan demokrasi di dalam plihanraya
di negara ini.
Sekarang ini kerajaan UmnoBn sedang sibuk berkempen dengan
mengedarkan risalah anti-Bersih yang memaparkan logo Kementerian Kebudayaan. Risalah-risalah ini telah dijumpai di tempat
duduk belakang teksi yang diedarkan oleh kerajaan kepada pemandu teksi yang menuduh
gerakan reformasi sistem pilihanraya sebagai "pengacau".
Bekas Presiden Bar Council Malaysia yang mengetuai Bersih bersama
dengan Sasterawan negara, Datuk A Samad Said berkata, beliau mendapati risalah
tersebut dibantah kerana ia dipersembahkan dengan berat sebelah kepada
peristiwa-peristiwa yang berlaku.
Risalah
yang memaparkan gambar-gambar penyokong Bersih berpakaian kemeja-T kuning
menyerang polis di satu pihak dengan perkataan "Hidup Biar beradab Bukan
Biadap" dan di belakangnya pula dinyatakan "Fikir-fikirlah dan jangan
meyokong kumpulan pengacau yang degil dan jangan diperalatkan", telah dimanipulasi
oleh pentadbiran Najib yang telah menyembunyikan fakta tentang keganasan pihak polis
terhadap peserta Bersih 3.0 .
Beliau berkata beliau percaya terdapat beberapa anggota
polis yang bertugas pada hari itu yang telah menangani perhimpunan tersebut
dengan profesional tetapi menambah ada juga kumpulan polis yang mensasarkan
penyokong Bersih dan mendera mereka.
Malah terdapat ramai anggota cawangan khas polis yang menyamar sebagai
peserta Bersih untuk melakukan huru hara.
Pemandu Teksi Dipergunakan?
Setelah pemandu teksi di perdayakan untuk mengedarkan
risalah yang menentang suara Rakyat yang cintakan perubahan, adakah Rakyat
Malaysia merasakan hanya setelah Najib “memberikan” tayar percuma kepada
pemandu teksi, mereka telah terpengaruh dan terpedaya dengan “Rasuah” politik
sebelum pilihanraya ini? Ataupun adakah
pemandu-pemandu teksi ini bijak menilai demi masa depan mereka bukannya
terletak kepada 4 biji tayar percuma..?
Anak-anak muda percaya pemandu-pemandu teksi di negara ini
amat bijak untuk menilai demi masa depan kehidupan Rakyat Malaysia…
Maaf.,ramai pemandu teksi hidup kais pagi makan pagi kais petang makan malam.,
ReplyDeleteDi sebabkan itu mereka tidak memilih sangat siapa kerajaan., yg.penting bagi mereka siapa yg.boleh bagi wang ..
Dulu sewaktu PRU 1999 di KL, Bakal Calon di hari penamaan bagi mereka RM150 maka berduyun duyun lah Pemandu Teksi ikut.,coz dpt duit percuma x pyh tarik atau mendapatkan pelanggan.
Bila Calon itu menang.,lupakan mereka i.e Pemandu Teksi., mereka maki hamun wakil rakyat yg di lantik jdi menteri., langsung lupakan mereka.,tiba 2004 ada PRU lagi dan Wakil dari Parti yg.sama gunakan pendekan yg.sama.,maka berduyun duyun lah Pemandu teksi nie ikut dan bila wakil itu menang.,mereka di lupakan lagi,maka mereka sumpah seranah.wakil rakyat itu,sahingga PRU2008.,pemandu Teksi nie dapat lagi wang percuma dan mereka sokong lagi..tapi kali nie Calon mereka kalah.,kerana perubahan masyarakat Cina..maka mereka tak dapat maki wakil rakyat coz dia kalah...
Rasa nya dari dulu kini dan selama lama nya lah Pemandu teksi ini akan berbuat demikian.,kerana bagi mereka itu saja yg.dapat mereka lakukan demi sesuap nasik utk kluarga.
RM150 sudah cukup utk 4-5 tahun semantara menunggu PRU seterusnya.