Setakat ini, UmnoBn masih ketinggalan di belakang Pakatan Rakyat dari segi sokongan Rakyat bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 akan datang.
Laporan-laporan dari perisikan melaporkan beberapa negeri yang dikuasai oleh BN akan tumbang termasuklah Negeri Sembilan dan Perak akan dirampas oleh Rakyat semula. Yang mengejutkan laporan tersebut menyebut negeri Johor juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat…. Mengapa??? Dengan fakta yang ada… rupa-rupanya banyak kawasan DUN di Johor bukannya majoriti Melayu!!!
Laporan-laporan dari perisikan melaporkan beberapa negeri yang dikuasai oleh BN akan tumbang termasuklah Negeri Sembilan dan Perak akan dirampas oleh Rakyat semula. Yang mengejutkan laporan tersebut menyebut negeri Johor juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat…. Mengapa??? Dengan fakta yang ada… rupa-rupanya banyak kawasan DUN di Johor bukannya majoriti Melayu!!!
Dengan keadaan ini yang mencemaskan UmnoBn, maka langkah-langkah untuk menang PRU13 dengan “cara apa sekalipun” akan dilakukan oleh UmnoBn.
Cara Kotor Pertama Bn : Penambahan Pengundi Mendadak
Bagi negeri Pakatan Rakyat pula, Selangor berkedudukan 50 / 50 , akibat daripada penambahan pengundi yang amat ramai di negeri Selangor.
Dalam satu temubual, Anwar Ibrahim memberitahu pemberita bahawa pemeriksaan dalam senarai pengundi SPR di beberapa kawasan di Selangor menunjukkan peningkatan bilangan yang mendadak dan mencurigakan dalam tempoh yang singkat.
"Terdapat peningkatan pesat ... di Subang terdapat peningkatan 35 peratus, dari 84,000 kepada 114,000”.
"Kota Raja mengalami 29.5 peratus peningkatan, dan Puchong, 25 peratus", kata Anwar Ibrahim.
Semua kawasan pilihan raya yang dinamakan oleh Anwar yang kini dipegang oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR).
Keadaan ini sedang berlaku di seluruh kawasan-kawasan yang kritikal bagi Bn.
Cara Kotor Kedua Bn : Persempadanan Semula
Persempadanan semula perlu persetujuan dua pertiga daripada jumlah kesemua anggota Dewan Rakyat di Parlimen, dan sekiranya usul pindaan itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga sokongan, persempadanan semula tidak boleh dilaksanakan. Maka dengan itu, sekarang ini UmnoBn sedang merancang untuk mendapatkan 2/3 sokongan di Parlimen.
Baru-baru ini, dalam satu sessi penerangan pimpinan Pakatan Rakyat telah dimaklumkan bahawa satu perancangan jahat UmnoBn untuk membeli 8 hingga 10 orang ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan peruntukan puluhan juta.
“Dan yang paling menakutkan, setelah dikira-kira, memang ada 8 orang MP yang dikehendaki Bn itu”, kata seorang pemimpin PR yang ditemui, yang memberitahu 8 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tersebut dikenali boleh tersentak hati mereka dengan sogokan wang ringgit yang terlalu banyak.
Jika ini berjaya dilakukan UmnoBn, maka dengan mudah mereka memperolehi sokongan 2/3 di Parlimen untuk melaksanakan Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya. Dan Persempadanan semula ini pula akan dibuat dengan cara ‘gerrymandering’.
(’Gerrymandering’ adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa).
Pencapaian Bn akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui ‘gerrymandering’ ini seperti pilihan raya 1986, 1995 dan 2004, dan Persempadanan Semula Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.
tajuk ini mengenai wakil rakyat. jadi, setiap wakil rakyat ada harga (diri?). nak jadi calon utk pru13 ni, belum tentu lagi, tawaran utk bersenang lenang dah ada depan mata, nak ambik? tak nak ambik? keputusan depa buat, pengundi tak boleh buat apa2 lagi.
ReplyDelete