"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

05/02/2012

Pekerja-Pekerja Bank Sudah Benci Dengan Najib & BN


Kerajaan Najib akan hancurkan salah sebuah Kesatuan Pekerja yang terbesar di Malaysia, iaitu Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), dengan menggunakan sebuah GLC kerajaan BN iaitu Maybank untuk mengeksploitasi pekerja dan melanggar hak-hak kesatuan sekerja.


Maybank sudah memulakan perang dengan kakitangan mereka, apabila mereka memecat 2 orang pemimpin tertinggi kesatuan iaitu Naib Presiden NUBE, Abd Jamil Jalaludeer dan Bendahari Agung, Chen Ka Fatt pada 31 Januari lalu.

Mereka bukannya dipecat kerana menipu atau penyelewengan, tetapi hanya kerana mereka memegang banner yang tertera ayat, “ Maybank Merompak Pekerja Miskin di Malaysia” di luar bangunan PBB dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).


Kerajaan di Malaysia ini kalau kita perjuangkan Rakyat Miskin, mereka akan menekan kita, tetapi dalam masa yang sama membela golongan-golongan kaya seperti pendapatan CEO Maybank yang melebihi RM4,000,000 setahun.

Menurut Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, beliau mendakwa, “penindasan ini disokong oleh Kerajaan Malaysia, kerana dari tahun 2010 lagi, NUBE telah menulis surat kepada PM Najib berhubung tuntutan pekerja-pekerja Maybank dan bagaimana pihak pengurusan Maybank mengaut keuntungan dan kemewahan untuk diri sendiri.  Tetapi malangnya Perdana Menteri Najib Razak tidak berbuat apa-apa”.

Pada tahun 2003 Kerajaan Bn melalui Kementerian Sumber telah bersubahat mengharamkan NUBE yang menyaksikan keperitan dan kesengsaraan seluruh kakitangan bank di Malaysia.  Bukan setakat itu sahaja, sehingga sekarang ini kerajaan Bn masih berusaha melemahkan Kesatuan Pekerja dan jika boleh mereka lebih suka menghapuskan semua Kesatuan Pekerja di negara ini.

Bagi kesemua kakitangan Bank di seluruh Malaysia dan juga semua kaum PEKERJA di Malaysia.... anda semua mesti berfikir dan bertindak dari sekarang demi menjaga kepentingan anda sendiri, dan bukannya menjaga kepentingan golongan-golongan atasan yang akan menindas anda semua... “Work Smart” with your smarter actions....

Jika kerajaan Bn terus memerintah negara ini, sudah pasti kehidupan golongan Pekerja akan sengsara akibat tekanan dari GLC-GLC kerajaan yang tidak mementingkan kebajikan pekerja.

Marilah kita melakukan perubahan untuk kali ini, kerana kerajaan yang ada sekarang ini telah terbukti menindas kita semua...

“One For All & All For One” ... Demi Rakyat





No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger