"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

12/02/2012

UmnoBn Dapat Sokongan Anak Muda


Tun Daim Zainuddin berkata UmnoBn perlu mengambil inisiatif untuk mendekati golongan muda dalam menarik minat mereka kepada gabungan parti itu.  Bekas Bendahari Umno selama 17 tahun itu berkata parti komponen BN juga mesti meluangkan masa untuk mempengaruhi golongan muda menerusi program, dasar dan polisi yang dijalankan kerajaan.

“Jika kita libatkan orang muda secara intelektual, mereka akan faham (perjuangan UmnoBn),” katanya.

Kalau UmnoBn Perjuangkan Nasib Anak Muda...

  • Kalau UmnoBn memperjuangkan nasib Anak Muda, TIDAKLAH Anak-Anak Muda menjadi penagih dadah yang paling ramai di Negara ini (walaupun kerajaan mampu membasmi perkara ini).

  • Kalau UmnoBn memperjuangkan nasib Anak Muda, TIDAKLAH Anak-Anak Muda  yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup menganggur tanpa pekerjaan setimpal yang menjamin masa depan mereka. (lihatlah sekeliling kita).

  • Kalau UmnoBn memperjuangkan nasib Anak Muda, TIDAKLAH 250 ribu  Anak-Anak Muda menjadi murtad, menurut kenyataan Mufti Dato’ Seri Harussani. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno!

  • Kalau UmnoBn memperjuangkan nasib Anak Muda, TIDAKLAH Anak-Anak Muda menjadi golongan yang menjadi bohsia dan membuang serta membunuh bayi yang tak berdosa.


Hakikat Keperitan Anak Muda Di Masa Akan Datang

Sekarang ni UmnoBN akan memainkan Hidup Melayu! untuk menipu anak muda, sama seperti mereka sudah lakukan selama lebih 50 tahun…

Menjelang 2020, seramai lebih kurang 8 juta rakyat Malaysia sebahagian besarnya anak-anak muda sekarang,  akan memperolehi pendapatan kurang daripada RM1, 500 sebulan dan akan dikategorikan sebagai golongan miskin di bandar.

Dalam tempoh antara tahun 2005 sehingga Mei 2010, seramai 80,000 kes muflis direkodkan.  Ini bermakna 41 orang bankrap setiap hari yang antara sebabnya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak, selain pinjaman peribadi.

Apa yang lebih membimbangkan ialah daripada jumlah keseluruhan yang diisytiharkan muflis, lebih 13,000 individu berusia antara 25 hingga 34 tahun.  Kebanyakan pemegang kad kredit adalah kalangan golongan anak muda yang menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan.

Masalah anak muda terutamanya graduan-graduan universiti di masa akan datang ialah sebenarnya kegagalan majoriti dari para peminjam menjelaskan hutang mereka kepada PTPTN yang mempunyai kaitan langsung dengan iklim dan suasana ekonomi negara di bawah teraju BN yang gagal melonjakkan ekonomi negara hingga pendapatan rakyat tidak meningkat, meskipun mereka ini adalah para graduan universiti.

Kerajaan juga gagal dalam mengawal harga barangan keperluan sehingga kos sara hidup di Malaysia semakin mencanak naik.  Seseorang graduan akan terus memikul hutang apabila mereka terpaksa meminjam untuk memulakan kehidupan yang baru, ditambah lagi dengan hutang PTPTN yang sedia ada.

Para graduan di Malaysia juga berdepan dengan kurangnya peluang pekerjaan serta persaingan yang sengit, bahkan gaji permulaan yang rendah jika dibandingkan dengan negara lain.  Lebih malang lagi, purata kenaikan gaji dan pendapatan yang dinikmati di Malaysia juga adalah rendah.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga akhir November 2010, hutang isi rumah rakyat Malaysia sudah mencecah kepada RM577 bilion, yang bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Adakah Tun Daim dan Najib mengambil kisah semua ini untuk mendapat sokongan Anak Muda...? atau hanya Retorik beliau menipu Anak-Anak Muda di kampong-kampong dan di Felda...?

Yang kaya bertambah kaya... yang miskin terus papa kedana...  Najib dan Tun Daim  tetap hidup di dalam penuh kemewahan....

Tetapi AWAS UmnoBn !!! Anak-anak muda sekarang sudah bijak menilai....





No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger