"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

19/02/2012

UmnoBn Gugat Keselamatan Negara !? Melayu DiPerbodohkan...


Najib dan pemimpin Umno cuba memperbodohkan orang-orang Melayu dengan membuat kenyataan yang memutarbelitkan fakta sebenar apa yang telah berlaku terhadap orang Melayu.

Najib dan Umno memberi amaran masa depan orang Melayu akan malap jika UmnoBN tidak kekal berkuasa selepas pilihan raya umum nanti, kerana kononnya jika Pakatan Rakyat perintah … Malaysia akan diperintah oleh Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tetapi agen kepada bangsa Cina, alat kepada kaum India, tanah rizab Melayu akan berkurangan, PR kononnya mencemarkan kedaulatan  Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu.

Sudah terang lagi bersuluh…

Kenyataan Kurang Ajar Umno Derhaka


UMNO BN Menggugat Keselamatan Negara 


Dengan mengambil APCO (Yahudi) sebagai penasihat kerajaan UmnoBn, membuktikan keselamatan negara tergugat dengan teruk akibat Polis DiRaja Malaysia sendiri telah meletakkan perisik Israel di Bukit Aman untuk menaiktaraf sistem komputer PDRM.  Habis maklumat PDRM sudah di simpan oleh agen Mossad Israel.(rujukan)

Sekarang ini kapal-kapal Israel pula bermaharajalela keluar masuk pelabuhan di Malaysia untuk berdagang.  Termasuklah pendedahan pemimpin PR yang mendedahkan minyak sawit hasil peneroka Felda pun di dagangkan dengan Israel, walaupun kadang-kadang di negara kita sendiri kekurangan bekalan minyak sawit.


Perkauman Sempit


Lebih membahayakan lagi keadaan di Malaysia ini, Najib dan Umno sekarang ini terang-terangan meniup api perkauman dikalangan orang Melayu,  walaupun ramai orang Melayu tahu itu semua alasan Najib dan Umno hanya bersandiwara untuk menarik sokongan orang-orang Melayu, kerana mereka tahu Rakyat sudah tidak menyokong mereka lagi.

Sokongan Rakyat terhadap Umno merosot dengan teruk sekali apabila Umno GAGAL memajukan orang-orang Melayu sejak 55 tahun yang lalu.

Kuasa mutlak yang diberi kepada Umno memerintah Negara ini serta WANG yang berjumlah berbilion-bilion ringgit hasil daripada hasil bumi Malaysia sejak 1957, gagal dimanafaatkan untuk Rakyat Malaysia terutamanya terhadap orang-orang Melayu.

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu kaum paling miskin di Negara ini (mengikut perangkaan rasmi negara).

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu yang paling ramai duduk di tepi-tepi sungai dan setinggan di Negara ini (boleh lihat dengan mata kita sendiri).

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu menjadi penagih dadah yang paling ramai di Negara ini (walaupun kerajaan mampu membasmi perkara ini).

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Tanah Rezab melayu hanya tinggal1.7 juta hektar sahaja daripada 3 juta hektar pada asalnya.

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu, tetapi kekayaan hasil minyak Kelantan tidak diberi kepada rakyat melayu Kelantan.

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH ramai anak bangsa melayu yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup menganggur tanpa pekerjaan setimpal yang menjamin masa depan mereka. (lihatlah sekeliling kita).

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH 250 ribu orang Melayu menjadi murtad, menurut kenyataan Mufti Dato’ Seri Harussani. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno!

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH pemimpin Umno melesapkan wang FELDA hampir RM3billion!  Sekarang ini hendak menyenaraikan FELDA di bursa saham, dan akhirnya saham-saham ini boleh dibeli syarikat luar termasuk Singapura.  Habis tanah peneroka dimiliki oleh orang lain. (kena nyanyilah lagu "Anak Kecil Main Api...")

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Mahathir menggunakan wang PETRONAS untuk menyelamatkan anaknya dari bankrupsi (RM1.6 billion).

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH ekuiti Bumiputera tinggal hanya RM2 bilion dalam pecahan ekonomi negara yang asalnya RM54 bilion.

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu menjadi kaum yang paling ramai menjadi bohsia dan membuang serta membunuh bayi yang tak berdosa.

  • Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Umno menutup Madrasah Sekolah Agama Rakyat dan menolak terus  hukum HUDUD yang diarahkan oleh ALLAH S.W.T.


Hanya SATU sebab Umno melakukan perkara di atas….

Umno biarkan orang-orang Melayu terjadinya perkara-perkara di atas adalah kerana supaya Umno MUDAH PEGANG TENGKUK ORANG-ORANG MELAYU agar orang Melayu hanya mendengar kata-kata Umno.

Jika UMNO menjadikan Melayu pintar, Jika UMNO menjadikan Melayu kaya, Jika UMNO menjadikan Melayu kuat agamanya, maka ORANG MELAYU AKAN MEMBUANG Umno dari dahulu lagi.

Jika Umno biarkan anak-anak melayu di Malaysia ini PINTAR dan KUAT AGAMA seperti anak Melayu pelajar Madrasah dari negara maju Singapura ini, yang mengalahkan pelajar dari sekolah Amerika dan menjadi 'Best Speaker'... maka Umno menganggap  anak Melayu inilah yang akan membuang Umno di masa akan datang...

 lihat video ini...
 
Anak Melayu Madrasah Al Ma'arif, Singapura


Sebab itulah Umno tidak akan biarkan anak-anak Melayu di Malaysia ini menjadi pintar.... supaya dapat mengikut telunjuk mereka…

Bodohnya Melayu Kerana Umno Bijak Menipu…

Dan sekarang ini, orang-orang Melayu bukan lagi bodoh seperti yang disangka oleh Najib dan Umno… Mereka akan melakukan PERUBAHAN  untuk kepentingan diri mereka sendiri !

...Reformis Anak Muda



1 comment:

  1. Daripada Zaman Mamak Kutty lagi,bukan melayu, cina ,india dan lain2 bangsa di perbodohkan.Kita tak bolih salahkan mereka sahaja. Kita patut salahkan diri sendiri kerana memilih pemimpin yang bodohkan kita semua. Sudah cukuplah 54 tahun dipebodohkan. ( ASALKAN BUKAN UMNO ) ABU dalam pilihan Raya ke 13 ini.

    ReplyDelete

Sahabat Blogger