"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

29/02/2012

Keselamatan Negara Terancam Jika UmnoBn Berkuasa


Demi wang…   Mereka sanggup membelasah orang ramai yang mempertahankan hak mereka… Apa alasan mereka buat begitu..?? Tak ada sebab… sukahati diaorang sahaja masuk ke majlis orang lain dan buat kacau!!!

Kalau dulu, polis terutamanya SB-SB yang melakukan provokasi dan membuat kacau…, tapi sekarang mereka menukar taktik pula, dengan menyuruh orang-orang suruhan yang diupah untuk melakukan provokasi… supaya polis tidak dipandang serong lagi, setelah dihina oleh rakyat selama ini.

Tetapi masalahnya provokasi yang dicetuskan oleh orang upahan ini, tidak diambil tindakan oleh polis… seperti tidak ada apa-apa yang berlaku walaupun di depan mata.


Kebodohan Ketua Polis Pulau Pinang dengan selamba dia kata provokasi di program Perhimpunan Hijau di Pulau Pinang berlaku sebab program itu tidak dimaklumkan kepada polis… dan polis TAK TAHU adanya program tu..!!?!!?  Kalau di beritahu dengan rakyat di negara yang TAK BERTAMADUN boleh la bagi alasan tu…



Kalau Umno Memerintah Lagi, Negara Ini Menjadi Negara Gangster ?!!!

Apakah samseng-samseng Umno sekarang ini sudah mengalami kesesakan hidup sehingga sanggup melakukan jenayah untuk menyelamatkan diri dan keluarga mereka ?!!!

Sebab itu kita ada mendengar seseorang itu ditangkap kerana mencuri susu untuk diberikan kepada anak-anak.  Ada juga yang ditangkap mencuri barangan, semata-mata hendak memberi makan kepada anak-anak.  Dan ada juga yang mendapat wang daripada upahan orang tertentu untuk menjadi samseng demi menyelamatkan kepentingan individu tertentu… Ini semua adalah sebab WANG untuk terus hidup.

Tetapi yang bahayanya, samseng-samseng upahan Umno ini akan melakukan apa sahaja sehingga sanggup membelasah Rakyat di negara sendiri…




Bayangkan JIKA umno Bn menang PRU nanti… Yang pertama, mereka sudah pasti akan melakukan GST (Cukai Jualan Barangan), dan semua Rakyat akan terpaksa membayar cukai 4% itu …

Maka, pada masa itu Rakyat sudah pasti akan bangun menentang perlaksanaan GST, dan pada masa itu juga samseng-samseng Umno akan menyerang dengan membelasah Rakyat.

Begitu juga jika Rakyat bangun menentang kenaikan harga barang, kita akan dibelasah oleh samseng-samseng Umno dengan “pertolongan” pihak polis yang menutup mata.

Rakyat bangun lagi untuk menentang 1Care, kita dibelasah lagi tanpa belas kasihan.


Kalau Altantuya pun mereka sanggup mengarahkan untuk dibunuh... inikan pulak pencacai-pencacai bawahan mereka yang ditarik hidung ke sana sini dan mengikut apa sahaja arahan dari pemimpin mereka...

Akhir kata, Rakyat terpaksa hidup dibawah tekanan Gangster-Gangster Umno, dan terpaksa menurut apa sahaja kemahuan pemimpin-pemimpin mereka sehingga negara ini akan bankrap berundur ke belakang.  Segala kekayaan yang ada di negara ini akan di sapu bersih oleh mereka demi kepentingan diri  dan konco-konco mereka.

Pakatan Rakyat memerintah, Samseng Umno Dihapuskan, Rakyat Selamat…

Kami anak-anak muda menyeru kepada Rakyat Malaysia yang dicintai ini, marilah kita berusaha keras untuk memastikan Pakatan Rakyat mendapat mandat untuk memerintah Malaysia bagi 5 tahun yang akan datang.  Marilah kita semua berkempen menyedarkan Rakyat betapa bahayanya Rakyat dan juga anak cucu kita, jika membiarkan Umno memerintah.

Apabila kita pulang ke kampung, apabila kita bertemu keluarga dan rakan-rakan, kita beritahulah mereka dengan memberi penerangan yang sewajarnya. 

Inilah masanya…. Satu detik yang akan mengubah hidup kita dan anak cucu kita… berjuanglah… DEMI RAKYAT.


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger