"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

14/02/2012

Umno Terkedu Apabila Anwar Disambut Pemimpin HAMAS Palestin


Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sheikh Yusuf al-Qaraqawi dan Pemimpin Hamas Palestin, Khalid Mash’ad di Qatar untuk berbincang pelbagai isu khususnya perjuangan rakyat Palestin dan cabaran umat Islam di dunia termasuk Malaysia, baru-baru ini.

Katanya, ulama terkenal itu bersyukur kerana beliau dibebaskan dari fitnah dan mendoakan kejayaan rakyat Malaysia untuk mencapai kebebasan dan keadilan.  Malah, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut makan tengah hari bersama Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan keluarga.


Pemimpin Hamas Palestin, Khalid Mash’ad  bersyukur atas kebangkitan rakyat Arab dan mendoakan kejayaan serta berkirim salam buat rakyat Malaysia.

Anwar ketika ini berdepan fitnah media kawalan Umno yang melabel beliau sebagai pro-Israel.


Dan pertemuan dengan ulama Islam dan Pemimpin Kerajaan Palestin itu sekaligus menangkis tohmahan liar parti pimpinan Najib Razak.


Kerajaan Malaysia Tunduk Dengan Israel

HAMAS ialah sebuah kerajaan yang sah yang dipilih oleh Rakyat Palestin dalam satu proses pilihanraya pada 25 Januari, 2006, yang berkeputusan Hamas memenangi pilihan raya itu, dengan Hamas perolehi majoriti kerusi 132 yang ada dan keupayaan untuk membentuk sebuah kerajaan mereka sendiri.


Namun setelah rakyat memilih HAMAS sebagai kerajaan, Israel (Regim Zionis) dan Amerika menolak untuk mengiktiraf kemenangan Hamas dan meminta di kekalkan kepimpinan Fatah.  

Malah, negara seperti Malaysia ini juga tunduk terhadap Regim Zionis yang takut untuk mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat iaitu HAMAS.  Sebab itu Duta Palestin di Kuala Lumpur terdiri daripada wakil Fatah.



No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger