Kastam Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan
melalui ketua pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad yang menyatakan sokongan untuk
mengekalkan duti eksais kenderaan.
Kontroversi mengenai cadangan pemansuhan cukai tersebut oleh
Pakatan Rakyat, menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan ini dengan menyatakan
duti eksais kenderaan yang bernilai RM6 bilion setahun kepada Perbendaharaan
boleh digunakan untuk membantu projek-projek pembangunan di seluruh negara.
"Kira-kira RM6 bilion kepada RM7 bilion dikumpul setiap
tahun hanya dari duti eksais kenderaan. Bayangkan berapa banyak sekolah dan
hospital kita dapat bina dengan jumlah wang itu, "kata Datuk Khazali Ahmad.
Tetapi mengikut Penganalisis Ekonomi, dengan pemotongan duti
eksais kenderaan - yang kini mencecah setinggi 105 peratus - boleh membantu
merangsang ekonomi dengan meningkatkan pendapatan boleh guna dan mengurangkan
beban hutang isi rumah yang berjumlah RM581 bilion.
Harga kereta yang tinggi akibat cukai yang amat berat telah
dikenalpasti menghalang rakyat Malaysia mampu memiliki rumah mereka sendiri. - gambar fail
|
Pandangan Anak Muda
Mendengar kenyataan Datuk Khazali, Anak-anak muda tidak
mempertikaikan jumlah yang dikumpul dan digunakan untuk membina sekolah &
hospital. Namun berapa banyak wang yang disalurkan kepada kroni sebagai komisen?
Jadi jika RM6 bilion dikumpul, contoh
sekiranya RM2 bilion komisyen masuk ke dalam poket kroni, apa yang ditinggalkan
untuk Rakyat. Ini adalah paksi utama
perdebatan.
Kami mahu membawa masuk kerajaan
baru kerana semua komisen yang dibayar dari wang cukai Rakyat. Ingatkah
pembelian kapal selam dan komisen yang dibayar? Kita boleh huraikan dan menamakan banyak lagi
penyelewengan oleh kroni Umno dan Bn.
Awal bulan ini Datuk Khazali juga telah membuat kenyataan
bahawa duti dan cukai yang tidak dituntut dalam negara ini adalah berjumlah RM8
bilion setahun.
Beliau juga mahu tindakan diambil terhadap mereka
yang bertanggungjawab ke atas "kehilangan" RM8 bilion tanpa mengira mereka
pesalah dari kalangan kakitangan Kastam atau pemimpin perniagaan..... tanpa
menyebut ’pemimpin politik’ ???
apa yang jadi masalahnya duti tu terlalu tinggi.nak bodek pun tengok orang susah sama.
ReplyDeleteKebenyakan orang pandai mencungkil salah tp x penah nak bg jalan setelkannya.. saudara blh suarakan kpd krjaan cara turunkan cukai..amat dialukan.
ReplyDeleteSdr rafizi, pengarah strategik PKR telah membentangkan satu kaedah yang amat bijaksana bagaiman penurunan cukai dapat dilaksanakan... tahniah rafizi... UmnoBn hanya tahu kemewahan kroni, Pakatan Rakyat tahu kesusahan rakyat...
ReplyDelete