"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

24/07/2012

Rakyat Selangor Tolak Mahyuddin Jadikan Bil Air Tertinggi Di Malaysia


Kerajaan Pusat Barisan Nasional perlu mengakui kesilapan ketika menandatangani Perjanjian Penswastaan Air pada 2004 dan kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan sehingga sekarang.


Kerajaan Selangor mempunyai kuasa untuk mengambil alih SYABAS mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).


Keputusan Kerajaan Pusat untuk menghalang usaha pengambialihan SYABAS ini jelas menunjukkan Kerajaan UmnoBn lebih menyebelahi syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan Umno dan bukannya melindungi kepentingan rakyat.

RAKYAT Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berjuang mempertahankan hak mereka dan mengelak ditipu oleh pihak berkepentingan yang mahu mengaut keuntungan atas kos yang ditanggung rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet, Muhyiddin, sebenarnya tiada pengalaman dan tidak menyumbang sebarang idea bernas dalam pengurusan air di Selangor.

Kehidupan menyiksakan di bawah Umno Barisan Nasional

Malah, ketika beliau menjawat Menteri Besar Johor, beliau telah menjadikan tarif air di negeri itu yang tertinggi di negara ini.  Dan apabila ada usaha untuk menswastakan air kepada syarikat korporat MMC Corp Bhd yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bulkhary, sudah tentu akan menyeksakan kehidupan rakyat.



Rakyat Johor berdepan dengan tarif air pada kadar yang paling tidak munasabah dan mereka tidak mungkin menerima air percuma seperti Rakyat di Selangor.

Kerajaan UmnoBn mahu menggadaikan hak rakyat Johor, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat.

Demi masa depan... Ayuh anak-anak muda tolak kerajaan Umno Barisan Nasional yang hanya mementingkan kemewahan mereka sendiri dan membiarkan Rakyat menderita dengan kos hidup yang tinggi.


1 comment:

  1. yg dia sibuk dgn air selangor ni kenapa....
    pi la buat loji ke apa ke kat johor nunnnn..
    yg pi buat lego land tu buat apa... sok takde air jual la lego tu trade dgn air

    ReplyDelete

Sahabat Blogger