Kalau setakat menjalani kehidupan mewah disebabkan bapa
seorang yang kaya raya, tak payah la nak tunjuk belagak dengan Rakyat
bawahan. Kalau ilmu agama masih macam
budak hingusan, tak payahlah berlagak sombong sesama manusia, kerana akhirnya
mati jua...
Dengan lagak seperti kepala samseng yang bacul, anak menteri
ini turun dari kereta, mencekik leher penyelia dan menumbuk kepala nya
sementara pengawal peribadi nya memegang penyelia tersebut. “ Penyelia itu
tidak dapat melawan kerana dipegang oleh pengawal peribadi,” satu sumber dari
pengurusan kondominium dilaporkan berkata.
Laporan lain telah dibuat oleh pengawal peribadi bagi pihak
bosnya Nedim di balai polis yang sama. Pengawal peribadi mengakui terdapat
pergelutan dan menuduh penyelia pengawal memprovokasi dengan kelakuan biadap. Ia adalah penyelia yang menumbuk pengawal
peribadi yang pertama. Pengawal peribadi menendang penyelia di perut manakala
penyelia menumbuk beliau di muka.
Seperti biasa pihak Polis cepat membuat kenyataan, dan
semalam Ketua Polis daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari berkata bahawa anak Nazri
Aziz, Mohamad Nedim tidak terlibat dalam pergelutan kecil tersebut.
"Ini merupakan kes yang kecil. Kami telah pun selesai
penyiasatan. Saya tidak tahu mengapa dan
bagaimana orang lain (Mohamad Nedim) telah diseret ke dalam ini”, kata ACP Wan
Abdul Bari.
“Rasa-rasanya macam biasalah pihak polis akan menjalankan
siasatan secara ala kadar, dan diharapkan pihak polis tidak tunduk kepada
sebarang tekanan termasuk sekiranya datang daripada menteri sendiri, lagipun keyakinan
umum pada polis sentiasa berada di paras rendah dan polis mesti membuktikan
mereka boleh menyiasatnya tanpa memihak," demikian peringatan daripada pengamal
undang-undang N Surendran dan NGO JINGGA 13.
Anak Nazri Aziz, Mohamad Nedim, didakwa memandu sebuah Porsche
di kondominium mewah Mont Kiara, diikuti oleh pengawal peribadi beliau dalam
MPV mewah dan terlibat dalam pergaduhan dengan penyelia keselamatan kondominium
tersebut.
Pelanggan Bergaduh, Pekerja Restoran Ditangkap (sumberberita)
Ini bukanlah kali pertama suatu pertemuan ganas yang
melibatkan anak Nazri ini telah berlaku. Pada tahun 2004, seorang pelajar undang-undang
yang berusia 23 tahun, Darren Kang dipukul sehingga mati, berhampiran Mont
Kiara, selepas pertengkaran melibatkan mereka. Tetapi 10 pekerja restoran rakyat Thailand
dan seorang rakyat Malaysia - telah ditahan.
Anak lelaki seorang menteri berusia 22 tahun adalah antara beberapa pelanggan yang pihak polis temubual berkaitan dengan kematian Darren Kang, yang meninggal dunia selepas diserang oleh sekurang-kurangnya 15 orang.
Timbalan Comm Mustafa Abdullah berkata anak menteri tersebut berada di tempat kejadian jenayah dan dipanggil bagi membantu siasatan. Beliau telah memberikan semua penjelasan selepas disoal siasat oleh pihak polis.
Timbalan Comm Mustafa Abdullah berkata anak menteri tersebut berada di tempat kejadian jenayah dan dipanggil bagi membantu siasatan. Beliau telah memberikan semua penjelasan selepas disoal siasat oleh pihak polis.
Dalam kejadian tersebut pada jam 3.30 pagi, Darren, pelajar Universiti
Sheffield, pulang bercuti, meninggal dunia selepas dia dipukul oleh sekumpulan
lelaki yang mengejeknya. (laporan theStar)
Menurut tunang Darren, Goh See Win, empat pelanggan restoran
mula menghimpit Darren dan membelasah beliau berulang kali.
"Yang lain menggunakan kayu dan kerusi
plastik untuk memukul Darren,dan salah seorang daripada mereka memukul Darren
dengan rod besi”.
Beliau berkata, selepas kejadian, dengan bantuan orang ramai, Darren Kang telah dibawa ke Pusat Pakar Damansara Utama di mana beliau telah
diisytiharkan mati apabila tiba pada jam 4.15 pagi.
Lagak Mafia
Nazri Aziz mesti menjelaskan bagaimanapun anaknya mampu
memiliki kereta Porsche dan mempunyai pengawal peribadi sendiri. Gaya hidup sedemikian hanyalah diamalkan oleh
golongan-golongan elit yang kaya atau pun di kalangan samseng-samseng seperti
kumpulan Mafia. Dari mana datangnya wang
anak menteri ini kalau bukannya dari bapa mereka...
Sekarang ini juga adalah masanya semua menteri patut
mengisytiharkan harta masing-masing, tetapi kita juga mempersoalkan kenyataan
Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz beberapa bulan lepas, yang mendakwa
pengisytiharan harta menteri dan ahli keluarga mereka akan ‘mengundang bahaya’. Inilah sebabnya...
Butuh lah Nazri. Akukalau jumpa anak dia memang aku pukol mamat pundek ni
ReplyDelete