"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

08/03/2012

Pendedahan Skandal Najib Pada Jumaat Ini... tungguuuuu...


Pakatan Rakyat akan mendedahkan satu lagi skandal rasuah yang akan menaikkan kemarahan rakyat, dan kali ini secara langsung melibatkan Perdana Menteri Najib Razak kerana didakwa menyalahgunakan wang Rakyat untuk tujuan peribadi.


"Ia ada kena mengena dengan Najib dan penyalahgunaan dana awam dan penipuan oleh UmnoBn yang telah keluar dari kawalan".

"Kita percaya bahawa ia adalah masa yang terbaik bagi rakyat Malaysia menghantar satu mesej yang kuat bahawa rasuah tidak akan diterima di Malaysia ini.   Pengkhianatan terhadap rakyat amat menyedihkan terutamanya jika ia dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri".

Bagaimanapun maklumat lanjut tidak akan diberi lagi sehinggalah pendedahan besar akan dibuat pada hari Jumaat nanti.

Adakah ia berkaitan dengan pembelian pangsapuri mewah bernilai RM1.7 juta di Bandar Almaty, Kazakhstan oleh NFC, syarikat kepunyaan keluarga seorang Menteri kabinet, Shahrizat Jalil ?

Kita tunggu pendedahan pada Jumaat ini, yang akan membuktikan Najib Razak hanya bijak menggunakan wang rakyat dengan memberi rasuah pada Rakyat, menerima rasuah, mencipta rasuah, tetapi... tidak bijak menguruskan Rakyat dan Negara.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger