"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

05/03/2012

Ya Allah...! Kenapa Perdana Menteri Aku Macam Ni..?!!!

Kami tidak mahu menggunakan ayat-ayat yang kasar untuk menerangkan keadaan peribadi Perdana Menteri Malaysia sekarang ini, iaitu Dato'Seri Najib Razak.  Apa yang kami sebagai anak-anak muda gambarkan sekarang ini, Najib Razak benar-benar sudah 'Gila Meroyan'.

Menurut istilah saintifik atau perubatan, Gila Meroyan dikenali sebagai Postpartum Pyschosis.  Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai Gila Meroyan.

Adakah Najib sudah amat tertekan dengan karenah "suami" beliau... Rosmah Mansor...

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan?  Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius.  Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan).  Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.


Laporan dari Bernama :

Najib sedia debat dengan orang berfikiran munasabah

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Perdana Menteri berkata bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya dalam entri terbaru bertajuk "Kebenaran Mengenai Malaysia" dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini," katanya.

Katanya ada sesetengah pihak di negara ini yang tidak dapat menahan daya tarikan teori konspirasi yang hanya wujud dalam filem-filem Jason Bourne, bukan dalam perdebatan politik yang rasional, kerana teori sebegitu membebaskan diri mereka daripada menanggung tanggungjawab atas kegagalan mereka sendiri.

"Sukar untuk memenangi sesuatu hujah atau gagal mendapatkan sesuatu cara anda? Cara penyelesaian yang lebih mudah adalah untuk mengadu bahawa sistem yang ada ini telah dikongkong daripada bekerja keras untuk mencari hujah yang lebih baik atau mengakui kesilapan diri dengan rendah diri," katanya.

Najib berkata beliau sangat bimbang apabila melihat terlalu ramai yang mengatakan mereka mahu memimpin Malaysia namun mereka tidak mampu mengawal diri apabila berdepan dengan sesuatu perdebatan.

"Bagi mereka, tiada batasan dalam menggunakan apa sahaja cerita, tuduhan atau teori yang keterlaluan, tidak kisahlah sama ada ia berasas atau tidak, dan berlandaskan fakta atau tidak.

"Mereka tetap menggunakannya walaupun ia akan merosakkan reputasi negara di mata antarabangsa dan mengganggu kestabilan dalam negara," katanya.
- Bernama

Sudah banyak perkara yang dilakukan oleh Najib dan Umno, dan kebanyakannya mereka hanya menggunakan "kepakaran" mereka iaitu menyogok wang kepada Rakyat di negara ini.  Tidak ada apa lagi kepakaran mereka untuk mengambil hati Rakyat.

Rakyat sudah meluat dengan janji-janji penipu dari Najib dan UmnoBn


Pemberian BR1M baru-baru ini, banyak berlaku kes isu pengagihan yang tidak adil... ada yang benar-benar layak mendapat bantuan, tetapi ditolak (baca sini).  Ada yang bergaji  RM5,000 pun telah dapat BR1M kerana mereka isytihar suami sahaja yang bekerja, walaupun isteri berpendapatan beribu ringgit, tetapi si isteri tidak isytiharkan.

Skim Rumah Pertamaku, kini di ambang kegagalan kerana belum ada satupun permohonan untuk mendapatkan pinjaman 100 peratus diluluskan oleh mana-mana bank.(baca sini)


Beberapa buah bank menyifatkan mustahil memberikan pinjaman RM400,000 dengan ansuran bulanan sebanyak RM1,780 bagi tempoh pembayaran 30 tahun, kerana lebih separuh daripada pendapatan mereka yang hanya RM3,000 sebulan.

Skim 1Care For Malaysia - Setiap seorang pekerja dikehendaki membayar sehingga 10% daripada jumlah pendapatan dalam sebulan.   Ramai Rakyat membidas skim berkenaan kerana rakyat akan dibiarkan menanggung beban untuk "keuntungan swasta". 

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia ramai Rakyat terkeliru ataupun dikelirukan tanpa penerangan yang mudah difahami oleh Rakyat.  Sebilangan besar Rakyat telah menyerbu semua bank-bank dan pejabat pos (ada yang dikenakan bayaran RM11 untuk borang tersebut), dan dalam masa beberapa jam, borang kehabisan stok… betapa lakunya skim tersebut.

Ramai diantara mereka tidak mengetahui bahawa mereka perlu membayar (melabur) RM5,000 dengan wang sendiri ataupun meminjam RM5,000 dari pihak bank.  Pinjaman tersebut perlu dibayar balik bayaran bulanan sebanyak RM84.  Tetapi , ramai rakyat disalahfahamkan, skim ini diberi percuma RM5,000 di dalam saham mereka…?!!!

Najib Menggelupur Tak Tentu Arah

Bukannya nak mengata Najib seorang yang kurang cerdik, tetapi memang benarlah beliau ini memang tidak sanggu berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam perdebatan yang dinanti-nantikan dan disokong oleh majoriti anak-anak muda. (baca sini)

Tidak perlulah memberikan segala alasan yang beliau sendiri tidak faham apa yang dikatakan.

"Cakap je takut berdebat dengan Anwar... habis cerita..."


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger