"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

16/03/2012

Pemimpin BN baling telur kepada Pakatan Rakyat


Kebenaran sentiasa sakit...  Kecewa dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meramalkan BN mungkin akan berakhir makan "telur" atau mendapatkan ‘sifar’ kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada Mei atau Jun, pemimpin BN menuduh Lim Guan Eng sebagai angkuh dan bersikap buruk.

"Ini adalah tanda pemerintahan diktator.  Kenyataan Lim Guan Eng ini adalah tidak demokratik kerana mahu merebut semua kuasa dan langsung tidak meninggalkan ruang untuk suara yang bertentangan", keluh pemimpin Gerakan, Baljit Singh yang dilaporkan berkata sebagai tindak balas kepada kenyataan Guan Eng.

"Lim tidak seharusnya terlalu angkuh dan sombong untuk berharap bahawa Pulau Pinang, terutamanya golongan profesional, dari semua kaum, akan terus menyokong DAP dengan majoriti dua pertiga, kerana terdapat kekeliruan terlalu banyak dalam hal-hal pembangunan di sini.  Ia adalah jelas bahawa Lim adalah seorang jaguh kampung semata-mata kerana dia telah berjaya ditipu penduduk kampung, terutama masyarakat Cina, dengan bermain sentimen perkauman”, kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin.

Tetapi kritikan pemimpin Bn itu tidak goyah bagi Guan Eng, kerana beliau menyatakan perkara tersebut dengan fakta, kerana sesungguhnya peluang Bn dibinasakan dalam PRU13 adalah tinggi.  Malah kenyataan mereka hanya  mendedahkan ketakutan Bn yang hakikatnya akan memperolehi kerusi ‘sifar’ pada PRU13 nanti.

Salahkan diri kamu sendiri, bukan Pakatan Rakyat

Sebagaimana ketegasan pemimpin Pakatan Rakyat nyatakan, bukannya Lim Guan Eng yang harus dipersalahkan, malah BN harus menyalahkan dirinya sendiri.  Mereka bukannya bekerja secara serius untuk mencabar kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat dengan melakukan sesuatu yang masuk akal dan diterima oleh Rakyat, tetapi mereka telah menunjukkan segala macam aksi yang memualkan untuk mengeruhkan pentadbiran negeri.

Walaubagaimanapun, Lim Guan Eng dan pasukannya berjaya menarik pelaburan yang cukup tinggi untuk Pulau Pinang dan menjadikan mereka negeri ke-2 terbaik bagi urus tadbir di kalangan 13 negeri-negeri dalam negara ini.  Dimana negeri yang mendapat tempat pertama adalah Selangor, satu lagi negeri Pakatan Rakyat.

"Untuk 3 tahun yang telah berlalu, kita masih di kedudukan yang ke-2 teratas dalam prestasi ekonomi dan pelaburan.  Lihatlah 'bom' yang mereka campakkan kepada kami, dari isu 'azan' khutbah Jumaat, orang Kristian menjadi perdana menteri dan sebagainya... tetapi Rakyat sudah bijak menilai", kata ADUN PKR Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.

Rakyat Derita

Sama ada Bn akan mendapat telur atau tidak akan bergantung kepada tindakan mereka terutama aksi-aksi mereka yang tidak bertamadun yang dilakukan oleh puak-puak Bn semasa ceramah dan semasa perhimpunan dengan perlindungan polis.

Rakyat juga memerhatikan kelakuan pemimpin-pemimpin mereka yang jelas mengkhianati rakyat sebagaimana kelakuan Perdana Menteri Najib Razak yang dilimpahi dengan kemewahan dan dalam masa yang sama membiarkan Rakyat menderita...


1 comment:

  1. Ketua pemuda umno p.p tu MELAYU ker?wakakakka...MAMAK...MAMAK...jgn perasan ke ko 2 melayu.......pundek wakerakkkkk

    ReplyDelete

Sahabat Blogger