"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

09/03/2012

Terkini ! Skandal Perdana Malaysia Songlap Wang Rakyat Didedahkan


Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan wang rakyat  untuk majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Rafizi menunjukkan bukti salinan bil dari Shangri La Hotel, yang memberi perkhidmatan katering untuk majlis pertunangan yang diadakan di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.  Invois untuk RM409, 767 telah dibilkan kepada Jabatan Perdana Menteri, bermakna Rakyat yang membayar bil tersebut...!!!


"Ini bukan perkara kecil.  Ia mungkin hanya RM409,767, tetapi ia melambangkan sikap kerajaan yang mengkhianati wang Rakyat yang bersusah payah menghadapi keperitan hidup.  Bermula dari Perdana Menteri sehinggalah kepada menteri-menteri kabinet yang mengkhianati wang pembayar cukai untuk kepentingan peribadi," kata Rafizi, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.


Hina Rakyat Dan Keturunan Tun Razak

Ia kelihatan seperti rasuah menjadi sangat penting di Malaysia, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan contoh kepada Kabinet untuk diikuti.  Jika benar, maka Najib perlu didakwa dan diberi hukuman berat.

Bukan sahaja Najib melakukan penyalahgunaan kuasa, tetapi beliau telah mengecewakan Rakyat Malaysia terbanyak, kerana keturunan sebuah keluarga yang memimpin Negara telah menunjukkan betapa ‘Murah’ maruah mereka untuk meluluskan satu undang-undang untuk digunakan oleh beliau, anak perempuan dan keluarga beliau sendiri.

Hina sungguh Najib di mata Rakyat !!!




No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger