"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

22/03/2012

Kakitangan Kerajaan Akan Bankrapkan Negara


Sebarang kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan bermakna akan ada dana yang tidak mencukupi untuk keperluan asas bagi pembangunan negara, yang mungkin boleh memaksa Putrajaya untuk meminjam lebih banyak dan ini boleh menjadikan negara ke arah muflis akhirnya.


Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang hampir mencecah usia 90 tahun ini membuat kenyataan di dalam blog beliau mengenai perkara tersebut.  Beliau memberi amaran, jika negara membuat pinjaman untuk melaksanakan projek pembangunan, kerajaan akhirnya tidak mampu membuat bayaran balik.  Lagipun had pinjaman yang telah dilakukan sekarang sudah hampir mencapai had maksima iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan membatalkan Skim Ganjaran Perkhidmatan Awam (SBPA), kerana skim ini memberi manfaat melampau  kepada kakitangan kerajaan atasan manakala majoriti kakitangan awam mendapat kenaikan gaji yang remeh-temeh.

Pakatan Rakyat telah mendesak kenaikan gaji dan pencen yang lebih tinggi, serta penghapusan tol dan subsidi yang berterusan, dan ini kata Mahathir akan memaksa kerajaan membelanjakan lebih daripada yang diusahakan.

"Pakatan Rakyat, ingin menjadi popular dan memenangi pilihan raya, akan sentiasa menyokong tuntutan-tuntutan ini.  Tidak perlu bertanggungjawab untuk berbelanja berlebihan dan kemungkinan kebankrapan negara, ia adalah mudah bagi mereka untuk menyokong”.

"Apabila suatu tuntutan dibuat, kerajaan perlu meneliti implikasi bukan sahaja ... dari segi keupayaan untuk memenuhi permintaan, ia juga perlu mengambil kira kesan ke atas seluruh negara.  Saya berharap rakyat akan melihat melalui kekurangan mereka untuk bertanggungjawab kepada negara," katanya.

Najib Pun Nak Jadi Popular, Walaupun Boleh Bankrapkan Negara

Memetik rekod kerajaan yang telah membelanjakan berbilion Ringgit untuk menjadikan Najib popular dan seterusnya ingin memenangi pilihanraya dengan memperbodohkan Rakyat.  Di sini beberapa tindakan popular Najib yang bukan sahaja menganggap Rakyat boleh diperbodohkan, tetapi juga boleh bankrapkan negara dengan hanya pandai menggunakan wang untuk menarik sokongan Rakyat…


  • Mac2012 - Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi menaiktaraf lebuh raya Pasir Gudang.
  • Januari 2012 - Najib beri peruntukan baiki rumah nelayan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 yang berjumlah RM300juta.
  • Sejak 2009 - Kira-kira RM440 untuk menaik taraf sekolah Tamil.
  • Mac 2012 - Najib umum peruntukan RM20 juta pasar baru di Kampung Melayu Majidee.
  • Mac 2012 - Peruntukan Tambahan RM30 Juta Untuk Orang Asli - Najib
  • April 2011 - Najib umum peruntukan RM4.5 juta untuk penyelidikan ikan empurau di Sarawak.
  • Disember 2011 -  Mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda.
  • Feb 2012 - Jumlah peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri bagi daerah Kerian, dalam tempoh tidak sampai 24 jam mengumumkan bantuan berjumlah RM555 juta.
  • Januari 2012 - Najib mengumumkan peruntukan RM1.1 juta bagi meningkatkan infrastruktur pasar sehari Behor Lateh sempena lawatannya ke pasar itu.
  • Mac 2012 - Najib mengumumkan peruntukan awal RM2juta bagi pembinaan pusat kebudayaan di Batu Caves.
  • Januari 2010 - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati.
  • Feb 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menubuhkan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). 

  • Januari 2012 – Najib Razak mengumumkan peruntuksn RM1.1 juta kepada tujuh buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Persendirian di Kedah.
  • Januari 2012 - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Jalan Gombak.
  • 23 Februari - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek bagi meningkatkan mutu kehidupan penduduk empat skim penempatan semula kawasan Rascom, Sibu.
  • Jun 2011 -Najib Razak mengumumkan peruntukan serta-merta sebanyak RM2.8 juta untuk menaik taraf jalan raya di kawasan daerah kecil Kemabong, Sabah.  Beliau turut meluluskan peruntukan RM3 juta untuk pembinaan rumah panjang suku kaum Murut di daerah Tenom.


Buat PENGUMUMAN sahaja… dulu banyak buat pengumuman, tapi tak ada apa-apa pun…..  Rakyat bijak menilai…


1 comment:

  1. Takpe buat projek2 nih. Baguih jer. Tapi masalahnye ialah tender tu sangat mahal- berganda2 dari harga pasaran!

    ReplyDelete

Sahabat Blogger