Najib Razak kata BN mampu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raya umum
akan datang. Beliau juga buat kenyataan bahawa pemimpin Umno tidak akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang dalam pilihan raya umum akan datang.
akan datang. Beliau juga buat kenyataan bahawa pemimpin Umno tidak akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini ekoran Umno bercadang bertanding lebih banyak kerusiDUN dalam pilihan raya umum akan datang, kerana prestasi baik yang ditunjukkan parti itu dalam pilihan raya umum dulu.
Umno Pulau Pinang menegaskan BN tidak akan mampu merampas Pulau Pinang jika Gerakan dan MCA terus ditolak pengundi dalam pilihan raya ke 13 nanti.
Ketua Umno Bukit Gelugor Datuk Omar Faudzar berkata, Gerakan dan MCA kalah besar dalam pilihan raya umum 2008. Menurutnya, Umno cuma kalah empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 15 yang ditandingi dan dua dari empat kerusi Parlimen pada 2008.
“Ada kemungkinan kita akan menang semula dalam pilihan raya umum ke 13 kelak,” tambahnya.
Halllloooo brader Najib.. jangan nak psycho Rakyat dengan ayat kamu. Rakyat Malaysia sekarang bukan macam dulu, tak ada internet… anak muda sekarang, duduk kat tepi longkang, tekan-tekan laptop… satu dunia terus tahu maklumat.
Najib cuba psycho kononnya “Pemimpin Umno tidak akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang dalam pilihan raya umum akan datang”. Jangan mimpi la BN nak menang kat Pulau Pinang. Parti gerombolan UMNO PP ni pulak, terus perasan yang rakyat suka sangat kat depa. Halllooo.. yang sebenarnya mamak-mamak kat Penang tu pun ramai yang dah tak suka dengan hangpa tau. Depa dah tahu UMNO ni penipu besaq, tipu orang Islam sampai ke sudah, dapat dosa besaq fitnah kat Anwar Ibrahim tu.
No comments:
Post a Comment