takut dengan kertas undi yang mereka pangkah akan diperiksa semula selepas pengundian. Jadi mereka terpaksa mengundi BN.
Lain pula tinjauan yang dilakukan terhadap kakitangan kerajaan pada minggu lepas, yang mana ramai dikalangan mereka telah menyatakan akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti, kerana keyakinan mereka bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya semakin cerah.
Dengan penukaran kerajaan nanti kepada Pakatan Rakyat, maka ketakutan kertas undi yang mereka pangkah akan diperiksa semula selepas pengundian akan berakhir.
Di bawah ini adalah sebahagian kajian yang berkaitan dengan isu di atas :
pandangan kakitangan Pejabat Tanah, Mohd Kamal,
“Dulu aku memang takut nak undi pembangkang. Kalau aku undi... bos aku bagi warning ambil tindakan. Sekarang ni, aku pasti undi PAS, DAP atau Keadilan, sebab aku yakin boleh menang”.
pandangan Guru, Salamiah Abdul Kadir
“Saya rasa berani sikit nak undi pembangkang kali ini.. rasanya diorang (BN) akan kalah… jadi diorang tak dapatlah check saya undi siapa…”
pandangan kakitangan Hospital, Aziz Ahmad
“ Saya memang dari dulu undi pembangkang, tapi tak ada apa pun masalah di tempat kerja saya ni. Mungkin diaorang tak tengok balik kertas undi tu kot…”
pandangan kakitangan JPS, John Ooi
“Kalau Pakatan Rakyat menang, ok lah… Kalau BN menang, nasib la…”
pandangan Pegawai Jabatan Laut, En.Omar
“ Walaupun dulu saya terpaksa mengundi BN, tapi kali ni saya rasa konfiden nak undi pakatan. Siapa lagi nak periksa kertas undi kita, kalau BN dah kalah…”
pandangan kakitangan Majlis Perbandaran, Hasmah
“ Boleh ke depa check apa yang kita pangkah? Tapi kali ni aku nak tukaq kerajaan la…cuba 5 tahun…”
pandangan pegawai Bomba, S.Munusamy
“I dah nampak kat Selangor ni kerajaan pakatan memang tolong rakyat. I mesti 100% bagi pada pakatan. I tak peduli kalau diaorang nak check I undi siapa…”
DENGAN KEYAKINAN TERHADAP PAKATAN RAKYAT SEMAKIN TINGGI (Jika dibanding sebelum PRU2008), RAMAI KAKITANGAN KERAJAAN TIDAK TAKUT DENGAN KERTAS UNDI YANG MEREKA PANGKAH AKAN DIPERIKSA SEMULA SELEPAS PENGUNDIAN, KERANA PERKARA INI TIDAK AKAN DILAKUKAN APABILA BN AKAN KALAH.
*** PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA
26. Hakim Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah bahawa mana-mana kertas undi atau dokumen lain berhubungan dengan pilihan raya yang telah disimpan dalam jagaan selamat sebagaimana dikehendaki oleh peraturan 25E diperiksa, disalin atau dikemukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya
suai manfaat, tetapi tiada perintah itu boleh dibuat melainkan jika Hakim itu berpuas hati bahawa pemeriksaan, penyalinan atau pengemukaan itu adalah dikehendaki bagi maksud memulakan atau mengekalkan sesuatu pendakwaan atau sesuatu petisyen pilihan raya berkaitan dengan pilihan raya itu dan kecuali sebagaimana yang disebut terdahulu dan sebagaimana dalam Jadual Ketiga, tiada seorang pun boleh dibenarkan memeriksa, menyalin atau mengemukakan manamana kertas undi atau dokumen itu setelah ia dipindahkan ke dalam peti atau peti-peti khas menurut peraturan 25E (1).
No comments:
Post a Comment