"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

28/06/2012

Terbelit! Razak Baginda kata dia jumpa Altantuya di Perancis

Lagi diputar cerita Altantuya... lagi terbelit leher Najib Razak...
               
Terdapat beberapa butiran yang bercanggah mengenai Altantuya Shaariibuu, yang timbul ekoran dakwaan polis Perancis dalam kertas siasatan mereka bahawa wanita Mongolia itu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006.


Pada 19 Januari, penganalisis politik Abdul Razak Baginda
mendakwa dalam kenyataan saksi bahawa dia telah bertemu dengan Altantuya - yang dipanggilnya sebagai Aminah - pada akhir tahun 2004 dan pertengahan tahun 2005.

Kenyataan itu yang dirakamkan pada 31 Oktober 2006 -  12 hari selepas pembunuhan Altantuya yang menggunakan bahan letupan C4 -  berkata Razak telah bersama wanita Mongolia itu di pelbagai tempat seperti Hong Kong, Shanghai, Singapura, Perancis dan Kuala Lumpur.

Gambar kunjungan Altantuya  ke Perancis telah disiarkan dalam artikel Asia Sentinel bertajuk 'Siapakah Altantuya Shaariibuu?', yang ditulis oleh John Berthelsen pada 5 Disember 2007.

“Persoalan sama ada Altantuya pernah ke Perancis atau tidak, bukan isu penting. Apa yang penting, Najib perlu jawab apa peranan Altantuya dalam kes Scorpene”.

Anak Muda memerhatikan sahaja....














No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger