"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

16/04/2012

Menteri, Khaled Nordin Telanjang Di Hadapan Anak Muda !


Amat memalukan apabila seorang menteri meletakkan tahap pemikiran beliau di paras yang paling bawah sekali… mencabar kebijaksanaan pelajar-pelajar universiti, siswazah dan keseluruhan anak-anak muda di negara ini.


Sebagai seorang menteri Pengajian Tinggi, tidak seharusnya beliau mengeluarkan kenyataan yang boleh membuatkan Rakyat dan anak-anak muda berfikir dan menganggap semua mereka ini tidak akan menilai dengan apa yang diucapkan oleh beliau.

Kenyataan Khaled Nordin

Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu.

"Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya kepada pemberita.

"Unisel nak atau tak nak pelajar mereka mendapat PTPTN? Kalau betul nak mansuhkan PTPTN jangan buat iklan dalam akhbar siapa yang masuk Unisel boleh dapat PTPTN," katanya.


Otak Menteri Fikirkan Wang, Otak Rakyat Fikirkan Kemakmuran Hidup

Tuntutan pelajar-pelajar universiti dan juga ibubapa terhadap pemansuhan PTPTN bermaksud berkehendakkan Pendidikan Percuma untuk Rakyat.  Bukan sahaja pendidikan, tetapi kesihatan percuma, air percuma, subsidi elektrik yang menguntungkan Rakyat (bukannya kroni), subsidi petrol yang mampu Rakyat menjalani kehidupan tanpa kenaikan harga barang disebabkan harga petrol yang tinggi.

Ini semua adalah perkara ASAS bagi keperluan kehidupan rakyat…

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negara nanti, pasti PTPTN dimansuhkan, dan segala perbelanjaan asas anak-anak muda masuk ke univeriti dan kolej akan ditanggung oleh kerajaan Pakatan Rakyat… bukannya Universiti (@UNISEL)dan kolej bagi masuk free.  Universiti akan dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat.  Inilah maksudnya pemansuhan PTPTN, digantikan dengan bantuan kerajaan kepada anak-anak muda.

Kenyataan Bungul Lagi…

Takkan fikir duit Rakyat sahaja nak kena pulangkan, kalau anak jantan… duit KRONI macam mana?

Pulangkan duit MAS, pulangkan duit NFC, pulangkan duit PERWAJA, pulangkan saham MAS 20% yang Air Asia beli, Pulangkan duit stadium runtuh di Terengganu, pulangkan tanah Rizab Melayu, pulangkan Tanah Adat Orang Asli Sabah & Sarawak.. dan banyak lagi sebenarnya...

Sekarang ini, anak-anak muda akan kata “Menteri bolehlah cakap macam tu… anak-anak dia orang belajar free… ada kroni sponsor.  Setiap bulan beribu-ribu Ringgit duit poket aje…”

Tak percaya… Tanya Musa Aman… (di sini)


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger