"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

25/04/2012

Rakyat akan biaya Zahid ke Paris - Apa Alasan Lagi ???

Apa lagi alasan Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak mahu menghadiri inkuiri berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Paris ?



Zahid sepatutnya mengutamakan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana perbelanjaan ketenteraan datang daripada wang pembayar cukai rakyat Malaysia.

"Iltizam kepada kebenaran sepatutnya menjadi alasan pertama dan paling penting untuk menjadi saksi dalam kes ini, bukan wang," kata Gabriel, mewakili NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

"Tambahan pula, beliau memungkiri kata-katanya sendiri. Sebelum ini, beliau berkata sanggup memberi keterangan, kemudian beliau tukar fikiran. Kami mahu tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkannya bertukar nada."

Gabriel berkata, paling banyak, peruntukan yang diperlukan sebanyak RM10,000 semalam, meliputi tiket pergi balik bukan Malaysia Airlines (RM5,500), tempat tinggal (RM600 semalam) dan makan di restoran (RM200).

Zahid sebelum ini dilaporkan tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Beliau berkata tiada sebab untuk beliau hadir dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadirannya ke mahkamah Perancis.


Jadi, sekarang Rakyat sanggup bayar perbelanjaan tersebut.... Apa alasan lagi ???




malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger