"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

27/04/2012

Lihat Kesengsaraan P.Ramlee, Kemewahan Zahida Rafik & Shafie Apdal


Zahida boleh mendapat begitu banyak kemewahan?  Lihatlah P.Ramlee ... Seniman Agong tanahair yang hidupnya dalam kesengsaraan, walaupun setelah beliau tiada lagi.  Zahida dapat 1.5 Juta dalam tempoh 4 bulan dari seorang menteri yang bernama Shafie Apdal… itulah tuduhan terhadap beliau yang dibongkarkan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat, Zuraida Kamaruddin.

 Sekarang ini terbongkar lagi gambar terbaru sebuah banglo milik pelakon tersebut yang bernilai RM3 juta, yang dikatakan telah pindah memasuki banglo tersebut kira-kira setahun yang lalu.

Rumah terletak di alamat berprestij  'The Valley' di Bukit Indah, Ampang.  Melalui seorang sumber, pelakon itu membelanjakan tambahan sebanyak RM1 juta untuk pengubahsuaian.  Rumah tersebut dilengkapi dengan kamera CCTV serta sebuah rumah pengawal.


Pastinya, memandangkan jumlah yang besar disebutkan dan laporan polis dibuat, terdapat alasan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Hasil Dalam Negeri untuk menyiasat bukan sahaja Shafie Apdal tetapi juga Zahida.

Perbandingan Dengan P.Ramlee

Walaupun sudah lama meninggal dunia, tetapi nasib keluarga ‘Lagenda’ Seniman Agong ini amat menyiksakan, jika dibandingkan dengan Zahida, yang dianggap sebagai bintang kecil.

Minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita rumahnya sangat sederhana dan lusuh di Taman Setapak, Kuala Lumpur selepas keluarganya gagal untuk membayar cukai tunggakan sewa yang berjumlah kira-kira RM10,000.  Walaubagaimanapun perkara itu telah diselesaikan, selepas Ahli Parlimen berusaha membantu dengan membuat kutipan bantuan dari Rakyat di sekeliling dan cukup untuk membayar kira DBKL.

Di Malaysia ini,  ketidakadilan sosial semakin buruk akibat jurang antara kaya dan miskin semakin luas, dengan golongan elit pemerintah yang bersembunyi di sebalik kuasa politik mereka untuk mendapatkan kemewahan dunia dengan hampir semua perkara, termasuk pembunuhan walaupun diperkatakan oleh segenap lapisan Rakyat.

Pilihanraya kali ini, pastikan kita semua… Rakyat yang hidup dalam keperitan dengan kos kehidupan yang tinggi MELAWAN sang berkuasa yang kaya raya !!!   Hidup Rakyat !


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger