Kalau orang Tionghua, mereka berkata dalam bahasa mereka 'Tui Nui Tan Ching. ' Dan dalam bahasa Inggeris yang mudah… ‘Playing The Violin In Front Of Cows'. Bahasa Melayu pula disebut, ‘Main Biola Di Hadapan Lembu’.
Itulah kelakuan yang ditunjukkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, dan lebih tepat lagi oleh Timbalan Pengerusinya Wan Ahmad Wan Omar.
'
Dalam ramai-ramai pegawai tinggi kerajaan… salah seorang daripada mereka ini yang benar-benar menjadi talibarut kepada UmnoBn, adalah Timbalan Pengerusi SPR ini, kerana terbaru beliau mengelkuarkan kenyataan ini :
SPR berkata lagi: Kami tidak berkuasa
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata bahawa 22 cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa reformasi pilihanraya adalah di luar bidang kuasanya, sambil menambah bahawa melaksanakan cadangan tersebut akan memakan masa dan “tidak boleh dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13", kata Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar.
Wan Ahmad berkata SPR akan mengadakan mesyuarat minggu ini untuk membincangkan laporan PSC yang telah diluluskan tanpa perbahasan di parlimen semalam.
22 cadangan tersebut bagaimanapun TIDAK menangani kebimbangan seperti langkah-langkah untuk mencegah manipulasi daftar pemilih, warganegara ekspres bagi warga asing untuk penipuan undi, penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan meningkatkan takrif kesalahan pilihan raya.
Cadangan itu juga tidak memperincikan rancangan untuk menghentikan politik kotor dan cadangan untuk menjemput pemantau antarabangsa sebagai pemerhati pilihan raya.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak untuk memasukkan laporan minoriti dengan PSC itu, berkata ia menunjukkan bukti-bukti yang konkrit bahawa daftar pemilih tidak bersih seperti yang didakwa, dengan kira-kira 42,000 pengundi yang nama mereka TIDAK dijumpai dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara.
Pembaharuan gabungan pilihanraya Bersih 2.0, yang kecewa dengan ketidakupayaan PSC untuk menghentikan penyalahgunaan pilihan raya, hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan ketiga untuk reformasi pilihan raya, yang lebih dikenali sebagai Bersih 3.0, akan diadakan pada 28 April di Dataran Merdeka.
Rakyat Bijak Menilai
Daripada kenyataan yang dikeluarkan dari seorang pegawai tinggi kerajaan seperti ini, Rakyat akan menilai sikap talibarut UmnoBn ini untuk terus mengekalkan kuasa. Bukan sahaja baru kali ini beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebelum ini beliau juga dengan jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pendaftaran pemilih baru adalah, 1 Melayu dan 40 bukan Melayu, yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.
Bukan itu sahaja, yang paling teruk sekali, yang terbaru Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendedahkan wujudnya ‘task force’ yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.
Menurut Mahfuz ‘task force’ tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.
Rakyat Perhatikan Telatah Talibarut Ini
Sekarang ini, SPR berkata lagi… “Kami tidak berkuasa”.
Namun, dalam masa yang sama, mereka mendakwa mempunyai kuasa (atas kepala Speaker) untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi, walaupun kekosongan sesuatu kerusi itu ditentukan oleh Tuan Speaker.
Mereka juga mempunyai kuasa memotong nama kira-kira 106 ribu nama pengundi tanpa dipamerkan kepada awam. Bagaimana pula kuasa yang mereka gunakan untuk menukar nama pengundi awam kepada pengundi pos tentera dan polis sedangkan ada diantaranya dah berumur lebih 60 tahun.
Kuasa yang mereka gunakan untuk membuat persempadanan semula tanpa menggazetkan dan memindahkan pengundi tanpa pengetahuan dan izin pengundi, seperti yang mereka lakukan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipindahkan ke Parlimen Lembah Pantai sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat atau pertukaran pusat mengundi.
Adakah semua ini SPR boleh kata “ kami tidak berkuasa”….
… Rakyat Bijak Menilai
No comments:
Post a Comment