"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

12/04/2012

Bukti Baru Kes Altantuya – Najib Berbohong


Jika Najib masih mendiamkan diri dalam pendedahan terbaru ayah simati Altantuya Sharibuu sehingga sebelum PRU-13, maka sahlah Najib berbohong kepada Rakyat Malaysia.

 Bukti terbaru dari ayah Altantuya mempunyai implikasi yang kuat, kerana dengan ketegasan bapa Altantuya yang tiba di Malaysia telah berkata bahawa beliau telah melihat gambar Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak bersama dengan Altantuya di Paris.  Tetapi malangnya perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah menafikan secara terbuka pernah bertemu dengan Altantuya.

Terdahulu sebelum itu, P.Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda, telah membuat Surat Akuan bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, yang turut menyatakan secara terperinci perbincangan di antara Bala dengan Razak tentang Altantuya dan hubungannya dengan Najib sebelum terjadinya pembunuhan pada malam itu (akuan bersumpah perkara 25.1, 25.2 dan 25,4).

Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Razak telah memaklumkan kepadanya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura.

gambar bukan sebenar

Selain itu Najib telah memberitahu Razak bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.  Razak Baginda juga memberitahu Bala bahawa ketiga-tiga mereka, Najib, Razak dan Altantuya telah bersama-sama makan malam di Paris.

Rakyat mempunyai hak untuk ambil tahu mengenai pemimpin negara

Ini merupakan kes yang berkepentingan awam.  Sirul dan Azilah adalah anggota khas keselamatan Najib Razak pada masa pembunuhan itu berlaku dan Najib sendiri telah didakwa oleh orang awam terbabit dalam kes Altantuya-Scorpene, yang mana kes tersebut sedang berjalan di mahkamah Perancis.

Di dalam laporan John Berthelsen yang bertugas sebagai pengarang Asia Sentinel, melaporkan siasatan majistret Perancis mendapati sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui syarikat Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.
 
Dalam kes ini, terdapat ‘Misteri’ bahawa Azilah dan Sirul kelihatan tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya.  Apa sebab mereka nak bunuh Altantuya?  Jika tak ada sebab, siapa yang mengarahkan pembunuhan itu?

Rakyat juga berhak untuk mengetahui sebab-sebab untuk melengahkan rayuan tersebut.  Ia adalah demi kepentingan awam bahawa rayuan ini didengar segera, sebaik-baiknya sebelum PRUke-13.  Janganlah sehingga mahkamah di luar negara nanti yang akan membongkar dan mendedahkan segala bukti yang membabitkan Perdana Menteri Malaysia , kerana yang pasti, pada masa itu sudah terlambat.

Dan Rakyat juga berhak mendapat jawapan, sebelum pergi ke peti undi.


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger