"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

21/03/2012

CEO Lynas Kata Rakyat Takut Hantu Fukushima dan Bukit Merah


CEO Lynas Corp menafikan laporan bahawa kerajaan Australia telah menolak untuk menerima sisa-sisa radioaktif, dan beliau menyatakan Rakyat Malaysia jangan takut dengan keselamatan operasi Lynas di Kuantan…

Kita tertanya-tanya apa yang ada dalam otak pemikiran CEO ini ?!

Memanglah Rakyat takut dengan peristiwa Fukushima kerana kesannya akan menyebabkan kematian akibat kanser telah dianggarkan antara 100 orang ke  1,000 orang.  Dan kes di Bukit Merah yang telah ditutup operasinya dua dekad yang lalu telah dikaitkan dengan 8 kes leukemia akibat pendedahan radioaktif,dan  tujuh daripadanya adalah kes maut.


Apabila CEO Lynas menyuruh Rakyat membuka minda supaya dapat melihat bahawa loji Lynas tidak menimbulkan risiko kesihatan atau alam sekitar, adakah beliau melihat dari sudut keuntungan wang berbilion Dollar yang akan mereka perolehi ataupun terbuka minda beliau untuk memahami Rakyat mengutamakan kesihatan anak cucu mereka?!!!

CEO Lynas juga memohon maaf terhadap bencana yang berlaku di Bukit Merah… "Saya menerima bahawa terdapat kebimbangan berpanjangan.  Dan saya kesal dan saya minta maaf untuk itu dan saya memahami kesakitan.  Operasi di Kuantan adalah produk yang baik.  Mereka boleh dilakukan secara bersih dan selamat", katanya.

Kerajaan UmnoBn yang tidak boleh dipercayai

Sejauh mana Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan dapat memberi jaminan 100% bahawa operasi Lynas akan sentiasa bertanggungjawab terhadap Rakyat?

Anak Muda langsung tidak percaya dengan janji manis Adnan Yaakob dan pimpinan-pimpinan UmnoBn lain yang hanya mementingkan wang Ringgit semata-mata.

Malaysia lebih selamat tanpa operasi Lynas di Kuantan… Rakyat akan mendapat keuntungan sehingga ke anak cucu jika operasi Lynas ini DIBATALKAN…  Perjuangan kali ini adalah untuk menuntut setiap rakyat Malaysia berjuang demi masa hadapan anak dan cucu kita.

Marilah bersama Pakatan Rakyat...! Katakan TIDAK pada UmnoBn dan LYNAS!!!


1 comment:

  1. thorium ada masa depan tenaga yang lebih selamat untuk menggantikan tenaga nuclear. google sahaja di internet thorium banyak faedah pada manusia jika di urus dgn betul

    ReplyDelete

Sahabat Blogger