"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

08/01/2012

PERHIMPUNAN 901. Apa Perlu Dilakukan...



TARIKH HIMPUNAN :   9 Januari 2012 (Isnin)
MASA :   Jam 7 pagi 
LOKASI :   Mahkamah Jalan Duta, KL


Apa perlu dilakukan semasa perhimpunan dan perarakan?

1.  Berhimpun di kawasan parkir Mahkamah Jalan Duta. 

2.  Ikutilah arahan daripada “Field Commander” sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada “Field Commander”.

3..  Jangan tolak-menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

4.  Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

5.  Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

6. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakkan masalah lain.

7. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email >> reformisanakmuda@yahoo.com. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah yang dicurigai atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi dari pihak lain.


Apa perlu buat jika Kumpulan Anti-Perhimpunan 901 lakukan provokasi?

1.  Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan “Field Commander”.

2.  Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3.  Jangan hampiri mereka.

4.  Jika mereka bertindak aggresif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5.  Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6.  Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa perlu dilakukan selepas perhimpunan?

1.  Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2.  Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.  Dapatkan maklumat  berkaitan untuk bebaskan mereka.

3.  Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.

4.  Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

5.  Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.


Jangan lakukan di luar tatasusila!

1.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluar arahan penganjur.

4.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti aggresif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.


Apa yang tidak dibenarkan?

1.  Jangan bawa Kad Matrik Pelajar bagi pelajar IPT atau pas kakitangan bagi pekerja kerajaan dan swasta.

2.  Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3.  Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakan.

4.  Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

5.  Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan Perhimpunan 901.

6.  Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Perhimpunan 901 tidak dibenarkan.

7.  Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

8.  Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti mancis, molotov cocktail dan mercun.

9.  Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

10.  Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang berbahaya.

11. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

12.  Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.


Apa yang perlu anda sediakan?

1.  Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2.  Duit-maksimum RM100 sahaja.

3.  Memakai pakaian yang sopan.

4.  Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5.  Sediakan baju hujan.

6.  Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

7.  Sedikit garam batu - ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya JIKA pihak Polis menyembur air asid dari Water Cannon atau gas pemedih mata.

8.  Tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung bagi mengelakkan terkena gas pemedih mata.

9.  Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis “N100 Respirator, N95 Respirator” dan “surgical facemask” untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

10. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

11. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

12. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan No. Pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

13. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email >> reformisanakmuda@yahoo.com


Apa perlu lakukan sebelum perhimpunan?

1.  Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2.  Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3.  Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4.  Bagi yang Islam, lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5.  Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6.  Maklumkan kepada mereka tujuan anda keluar.

7.  Maklumkan kepada mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8.  Jangan lupa “charge” bateri handphone dan kamera.

9.  Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berhimpun di Mahmakah Jalan Duta.

10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau komuter.

11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki tempat perhimpunan anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki.


Apa perlu dibuat JIKA Polis lakukan provokasi dan serbuan?

1.  Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2.  Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan Water Canon.

3.  Duduk jika pimpinan arahkan.

4.  Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air asid Water Cannon berwarna kuning.

5.  Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan Polis bila mereka provok… hanya diamkan diri.

6.  Ambil gambar mereka jika sempat.

7.  Buat laporan Polis jika anda dikasari.



.

1 comment:

  1. tempat berhimpun yg disediakan hanya boleh menampong kira2 5000 orang, juga akan terdiri dari kumpulan2 lain (tempat ini tidak dikhaskan utk pro 901).APA PERLU DILAKUKAN?

    ReplyDelete

Sahabat Blogger