"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

31/01/2012

Kempen 'Sayang Najib' - BN Sudah Gelabah


Kempen 'Sayang Najib' dilancarkan oleh dua kumpulan, Murid-Murid Persatuan Dewa Kuan Seng Teoh Kong dan Kelab Belia Graduan 1 Malaysia, hari ini dengan matlamat untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada penduduk di bandar raya ini terutamanya kepada bukan Melayu.

Menurut mereka, Najib telah membawa usaha untuk cuba memenangi semula sokongan masyarakat Cina dan India, yang telah meninggalkan BN pada Pilihan Raya 2008 yang membawa kepada prestasi terburuk Bn dalam pilihan raya yang pernah diadakan.

30/01/2012

UmnoBn DiPerdaya Orang Asli... Rakyat Semakin Bijak


Kongres Senoi Asal Orang Asal yang bersejarah telah diadakan hari ini di Tapah, Perak.  Program yang bermula pada jam 9.00 pagi tadi telah menghadapi satu cabaran besar apabila hanya 3 orang sahaja yang mendaftar sebagai peserta.

Program tersebut dicabar lagi dengan arahan YDP Majlis Perbandaran yang telah diberi tekanan oleh pemimpin UmnoBn supaya semua bendera Pakatan Rakyat yang dipasang sepanjang jalan ke dewan program dirampas walaupun usaha-usaha memasang bendera dilakukan oleh Orang-Orang Asal tempatan di situ yang bertungkus lumus menjayakan program bersejarah tersebut.

29/01/2012

Zahid Hamidi… Menang Sorak Kampong Digadainya…


Datuk Seri Ahmad Zahid mendakwa bahawa Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah melihat bagaimana anak perempuan Lim Guan Eng telah berubah menjadi lebih baik selepas menghadiri program Khidmat Negara di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Kenyataan Zahid itu betul-betul mencerminkan betapa terdesaknya UmnoBn memutarbelitkan segala isu yang sebenarnya tiada.

28/01/2012

Bn Menggelupur Kepanasan di Sabah Sarawak


Perlu diingat bahawa Pakatan Rakyat menjanjikan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus untuk Sabah dan Sarawak, yang mana ini sesuatu yang tidak mustahil dilakukan!  Jika Acheh boleh mendapatkan 70 peratus royalti minyak daripada kerajaan pusat Indonesia, tidak ada sebab mengapa ini tidak boleh dilakukan bagi Sabah dan Sarawak.

20/01/2012

Rayuan Pembebasan Anwar : Najib Flip Flop Jadikan Malaysia Bahan Ketawa


Seperti yang dijangka, kerajaan Najib Tun Razak telah memutuskan untuk membuat rayuan terhadap pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat yang direkacipta oleh pemfitnah.

Anwar sendiri telah menegaskan, “itu hak Peguam Negara untuk membuat rayuan.  Jadi, biarlah, tunggu dan lihat samada akan ada campur tangan politik”.

14/01/2012

Laporan & Gambar Konvensyen Pakatan Rakyat. TAHNIAH !


Tahniah!
Pakatan Rakyat telah memulakan Konvensyen Bersejarah pada tepat jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Dato' Mahfuz dan dimulakan ucapan pembukaan oleh YB Senator Tunku Aziz.

Majlis diteruskan dengan ucapan pembakar semangat oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan diikuti oleh Timbalan Keadilan, Azmin Ali.

Polis SAHKAN Bom Bukan Dari Penyokong Pakatan Rakyat



"Kami percaya ini adalah kerja orang dengan latar belakang dalam bahan letupan," kata Ketua Polis Bandaraya Timbalan Comm Datuk Mohamad Salleh.

Seorang pakar dipercayai telah membuat tiga peranti yang meletup di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa perhimpunan 901 lalu.

12/01/2012

08/01/2012

04/01/2012

Sahabat Blogger