"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

04/10/2012

Anwar Berada Di Paris – Isu Scorpene



Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada di Paris dan akan bertemu peguam yang bertindak bagi kedua-dua SUARAM dan DCNS bagi perbicaraan kes rasuah Scorpene.

Beliau akan menjemput mereka secara rasmi untuk datang ke Malaysia dan Parlimen bagi memberi penerangan ringkas mengenai status terkini kes tersebut.

"Anwar terbang malam tadi ke Paris untuk menghadiri seminar.  Semasa beliau berada di sana, dia juga akan bertemu peguam dari kedua-dua belah pihak kes tersebut dan meminta mereka untuk mengemas kini makluman kepada kita semua mengenai perkembangan terbaru.  Ya, Anwar sendiri secara rasmi yang akan sampaikan surat jemputan," kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kami berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengambil perhatian bahawa perjanjian Scorpene melibatkan RM7.3 bilion wang awam dan kebimbangan besar kepada seluruh negara".

Kami akan menasihati Najib agar tidak akan mengusir peguam mereka apabila peguam-peguam tersebut menerima jemputan daripada Ketua Pembangkang Malaysia.

Jika Najib adalah cukup bodoh untuk berbuat demikian, ia akan menjadi yang paling memalukan dan serta merta memberitahu dunia bahawa Najib dan UMNO telah mempunyai rahsia yang dahsyat dan mereka terdesak untuk menyembunyikan daripada semua orang.


1 comment:

Sahabat Blogger