"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

28/07/2012

Cukai kereta RM6 bilion – Biar Rakyat Derita, Kroni Senang Lenang


Kastam Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan melalui ketua pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad yang menyatakan sokongan untuk mengekalkan duti eksais kenderaan.

25/07/2012

Pendedahan Mengejutkan ! UmnoBn Berkuasa, Negara Tidak Akan Aman



Seorang guru tuisyen berusia 34 tahun dari Subang Jaya yang hadir ke Perhimpunan Duduk & Bantah BERSIH, memberitahu siasatan pada hari Selasa, bahawa seorang anggota polis merompak rantai emas dan kemudian memukul beliau.

24/07/2012

Malaysia 1 - Arsenal 2

Keputusan muktamad, Malaysia 1 - Arsenal 2.

Dengan memakai jersi kuning, separuh masa pertama menyaksikan pasukan bolasepak negara mendahului dengan kelebihan 1 gol apabila pemain no. 11 negara Azmi Muslim menjaringkan gol cantik dari jarak jauh menewaskan penjaga gol Arsenal yang hanya memerhatikan sahaj bola masuk ke gawang gol.

Corak permainan Malaysia agak berlainan dari segi taktikal apabila peratusan pemain negara mengawal bola semasa permainan sama banyak dengan pasukan Arsenal.

Arsenal menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 86.  Dua minit kemudian Arsenal menjaringkan gol mendahului 2-1 dan seterusnya memenangi perlawanan

Apa-apa pun Tahniah kepada pasukan negara yang mempamerkan permainan yang ber'Taktikal' jika dibandingkan perlawanan sebelum ini yang hanya guna kederat sahaja.

Kami masih menegaskan di sini, bahawa kami inginkan perubahan dan ditukar pucuk pimpinan FAM yang terdiri daripada bukan kalangan profesional bolasepak.

Barulah... "Majulah sukan Bolasepak Untuk Negara"

Rakyat Selangor Tolak Mahyuddin Jadikan Bil Air Tertinggi Di Malaysia


Kerajaan Pusat Barisan Nasional perlu mengakui kesilapan ketika menandatangani Perjanjian Penswastaan Air pada 2004 dan kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan sehingga sekarang.

21/07/2012

S'gor Akan Pecat CEO, pengerusi SYABAS. Hidup RAKYAT!!!


Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif, Rozali Ismail dan ketua pegawai eksekutifnya, Ruslan Hassan.

19/07/2012

SAH ! Cukai GST akan dilaksanakan selepas pilihanraya


Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) berkata hari ini menyokong kenyataan yang dibuat oleh Putrajaya bahawa pengguna tidak bersedia untuk pelaksanaan cukai GST.

17/07/2012

Najib Cuba Perbodohkan Rakyat Di Bandar Pula…


Pemimpin-pemimpin tertinggi BN cuba melakukan serangan terhadap pengundi di kawasan bandar dalam pilihan raya umum akan datang apabila mereka cuba memesongkan tujuan sebenar sambutan sempena Hari Kebangsaan yang akan dilancarkan di kawasan kaum utama di ibu kota, kata beberapa penganalisis politik.

11/07/2012

Kerajaan Mongolia Hantar Pegawai Khas Untuk Melihat Kes Altantuya


Sekumpulan pegawai khas Mongolia yang ditugaskan oleh kerajaan mereka untuk melihat kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos nanti.

Kerajaan UmnoBn Pergunakan Pemandu Teksi


Kerajaan UmnoBn telah mengisytiharkan "perang" terhadap rakyat Malaysia yang cintakan perubahan dan demokrasi di dalam plihanraya di negara ini.

06/07/2012

Gambar UmnoBn Buang Tabiat

Memang benarlah UmnoBn sekarang ini sedang 'Buang Tabiat' yang sedang menunggu masa untuk dikuburkan.  Hanya kerana warna bumbung Masjid berwarna Hijau, mereka sanggup menukarkannya dengan bumbung warna "Biru Bn".

03/07/2012

Perak Dapat Air Percuma (Bergambar)

Setelah kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma kepada Rakyat di negeri Selangor, sekarang ini kerajaan negeri Perak pula telah memberikan air percuma kepada Rakyat negeri Perak.

Sahabat Blogger