"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

16/11/2011

Pemilik Jet Ada Kepentingan Dengan Kementerian Pertahanan?


"Adakah itu salah?" Jawab Zahid Hamidi yang dituduh menaiki jet ke Arab Saudi dan mengambil isterinya untuk dibawa ke Jeddah menaiki jet yg sama.

Salah atau tak salah itu lain cerita... Tidak boleh ke Zahid pergi ke Arab Saudi menaiki penerbangan biasa (business class pun tak mengapa) dengan kemudahan yg tersedia ada?  Awak tu menteri... bila menteri tumpang jet nak ke Arab Saudi pasti ada kepentingan peribadi pemilik jet tersebut...

Bukannya nak tumpang kereta macam Rakyat di bawah ni...tidak ada kepentingan pun.  Rakyat tumpang kereta sebab Rakyat tak ada kenderaan, atau pun kenderaan rosak...ataupun ‘car pool’ mcm kerajaan suruh Rakyat berjimat cermat.

Soalannya, "siapakah pemilik jet persendirian ini, jika rakan beliau; apakah sebab untuk menggunakannya?

"Adakah rakan beliau mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?

Tuntutan dari Rakyat juga menyebut, Naib Presiden Umno itu yang sering terbang ke Arab Saudi semasa bulan Ramadan dengan rakan kongsi perniagaan yang dikenali sebagai "Tuan Sheikh Rozi."

Tiba-tiba sekarang ni, Malaysia umum akan membeli 18 buah Su-30MKM Jet Sukoi.

Kebetulan sekarang ni Zahid berada di Rusia merancang untuk membeli 18 pesawat pejuang Rusia tersebut dimana kosnya adalah kira-kira US$ 50 juta sebijik.

Ni apa cerita Zahid oiii…?!!!

Sebelum ini, Malaysia telah membeli peralatan pertahanan pada harga yang melambung lebih tinggi dari pembelian oleh negara lain.

Skandal pembelian kapal selam Scorpene (kes rasuah membabitkan Malaysia sedang berjalan di Peranchis), skandal Pembelian Helikopter Eurocopter, dan jugak  skandal pembelian 18 buah jet pejuang sukhoi…!  Sekarang ni nak beli lagi Jet Sukhoi 18 bijik..!

Walaupun sebelum ini Panglima TUDM Tan Sri Azizan Ariffin  ada menjelaskan bahawa Jet pejuang Mig 29 akan kekal dipakai sehingga tahun 2025.

Berapa banyak lagi yang kita ditipu oleh pengkhianat Rakyat macam ni?  Dan saya juga tertanya-tanya pada kadar berapa kos sebenar yang kita beli peralatan ketenteraan tersebut…  Atau pun adakah tujuan pembelian tersebut untuk membolehkan komisen BESAR kepada menteri-menteri dan kroni-kroni.

Reformis Anak Muda nak beri peringatan pada semua Rakyat…

Kita tidak perlu melihat terlalu jauh. Malah, kita tidak perlu untuk mendapatkan teropong untuk Angkatan Tentera kita.
Musuh-musuh terbesar yang dihadapi oleh setiap rakyat Malaysia adalah orang-orang yang telah bersumpah ke pejabat untuk melindungi kita yang berada di PUTRAJAYA itu sendiri.  Pada masa ini, mereka berkomplot untuk merampas negara yang indah ini sehingga kering.

Adakah kita mempunyai apa-apa senjata untuk menghilangkan mereka?

Jawapannya… YA ! 

Sebenarnya yang perlu kita lakukan… adalah kita pastikan dengan adik beradik, rakan-rakan, saudara mara bahawa satu UNDI kita adalah senjata paling besar semasa PRU13 yang akan datang !

4 comments:

  1. bukannya salah tp membazir duit rakyat..

    ReplyDelete
  2. ya benar sdr Azekzk. Sampai bila duit kita dibazirkan oleh pengkhinat Rakyat ini... Rakyat makin sengsara...

    ReplyDelete
  3. Aku cadangkan beli aje jet pejuang MIG-15 & MIG-21. Walau pun murah serta dah ketinggalan zaman, model ini amat berjasa ketika perang Korea & perang Vietnam. Cuma perlu upgrade sistem navigasi serta enjin aje....

    ReplyDelete
  4. ya... setuju... bukannya malaysia ada perang dgn sesiapa pun... klu ada yg nak perang, baru la beli... Yg pasti, pengkhianat rakyat ni nak dapat komisyen...

    ReplyDelete

Sahabat Blogger