"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

01/11/2011

Malaysia akan Bankrap - menteri yang cakap

Bank OCBC Ltd tidak yakin ramalan pertumbuhan produk kasar domestik (GDP)
Malaysia oleh Najib dalam bajet2012.

Mereka telah menyemak semula ramalan awal sebanyak 5.8% kepada 4.7%.  Lebih parah lagi risiko untuk ia meleset serendah 3.8% pada tahun 2012, memandangkan pertumbuhan eksport yang lemah dan tanda-tanda permintaan dalam negeri amat sederhana.

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata hari ini bahawa Malaysia masih boleh Bankrap "Jika ekonomi kita tumbuh kurang daripada 4 peratus ... dan jika hutang tahunan meningkat kepada 12.5 peratus".

Beliau berkata salah satu cara untuk meningkatkan hasil negara adalah dengan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).  Beliau berkata kerajaan telah mencadangkan cukai penggunaan, tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya disebabkan bantahan daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat.

Reformis Anak Muda nak bagitahu la…. Bukan Malaysia yang bankrap…. Tapi rakyat Malaysia terutama yang anak-anak muda ni yang akan bankrap dulu.  Udah la barang mahal, kerja gaji sikit, hutang bertambah…. Lepas ni nak kenakan cukai GST lagi…. Kesimpulannya senang aje…. Kita tukar BN dengan Pakatan Rakyat… bagi can 5 tahun... Ayuh Anak Muda!!!

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger