"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

23/11/2011

Cukai perkhidmatan 6% Talian Telomunikasi Dilaksanakan Selepas PRU13 ?



Ingatkan cukai perkhidmatan sebanyak 6% kepada pengguna telefon pre-paid
sudah di mansuhkan… rupa-rupanya masih dibincangkan lagi… masih nak buat kajian untuk menentukan sama ada perkhidmatan telekomunikasi selular adalah utiliti atau sebaliknya.


"Sehingga kini, perkara itu tidak dimuktamadkan," kata Timbalan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Joseph Salang di Parlimen.


Nak salahkan syarikat telekomunikasi pun tak boleh… sebab kerajaan rupa-rupanya sudah mengenakan cukai perkhidmatan ini ke atas syarikat-syarikat telekomunikasi sejak tahun 1998 dan dinaikkan kepada 6% pada tahun 2010.


Syarikat-syarikat telekomunikasi sekarang ini merasakan pengguna sudah terlalu ramai dan permintaan tinggi dan mereka terpaksa menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan sebanyak hampir RM 378 Juta sebulan.


Maka, September lalu, syarikat-syarikat telekomunikasi mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan cukai ke atas Rakyat pula tetapi pelaksanaan itu digantung sementara akibat bantahan dari Rakyat.


Ahli parlimen Pakatan Rakyat serta seluruh Rakyat di negara ini, terutamanya anak-anak muda sudah membuat bantahan keras bahawa mengenakan cukai 6% akan membebankan pengguna manakala perkhidmatan yang diterima tidak begitu besar seperti yang didakwa.


Kalau isu ini kerajaan masih hendak dibincangkan… kami anak-anak muda yakin bahawa CUKAI INI PASTI DILAKSANAKAN SELEPAS PRU13.  Cuma sekarang ini mereka takut dengan kebangkitan anak muda menentang cukai 6% ini.


Anak-anak muda menegaskan di sini, kami akan biarkan pengkhianat-pengkhianat rakyat ini berbincang atau buat kajian mengenai isu ini, tetapi kami akan PASTIKAN TIDAK AKAN UNDI Bn untuk menghapuskan cukai-cukai yang membebankan ini agar tidak dilaksanakan !!! 


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger