"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

29/01/2012

Zahid Hamidi… Menang Sorak Kampong Digadainya…


Datuk Seri Ahmad Zahid mendakwa bahawa Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah melihat bagaimana anak perempuan Lim Guan Eng telah berubah menjadi lebih baik selepas menghadiri program Khidmat Negara di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Kenyataan Zahid itu betul-betul mencerminkan betapa terdesaknya UmnoBn memutarbelitkan segala isu yang sebenarnya tiada.

Jaga Anak Sendiri

Bagi Menteri Pertahanan itu, tolonglah jaga diri sendiri dan jangan jaga tepi kain orang.  Sudah banyak kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri itu yang tidak masuk akal, dan melambangkan kebodohan seorang menteri melayu. 

Di kawasan sendiri pun beliau tidak dapat menjaga anak-anak muda Bagan Datoh yang ramai terjebak dengan gejala sosial seperti pengangguran, dadah, bohsia, mat rempit dan sebagainya… dan sekarang dengan megah kononnya kejayaan kementerian beliau yang menjayakan program Khidmat Negara.

Kalau anak-anak beliau sendiri juga sudah turun ke jalanraya untuk melaungkan ‘REFORMASI!’, kami tak faham intipati perjuangan beliau… mungkin mempertahankan kereta-kereta mewah dan kemewahan cara hidup beliau dan isteri kot…?!!!  Sebab itu banyak kenyataan yang “rendah akal” di suarakan oleh beliau…


Lim Guan Eng dan keluarganya kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan itu, Zahid Hamidi di Sibu semalam, yang mengheret anak perempuan Lim Guan Eng berkaitan penyertaannya di dalam program latihan Khidmat Negara, yang kini diterima secara meluas dan dipercayai oleh ibu bapa yang positif kesannya ke atas anak-anak mereka.

Lim Guan Eng menafikan perkara ini, dan beliau menegaskan bahawa anak perempuan beliau sememangnya  adalah seorang budak yang baik dan yang sama sebelum dan selepas menyertai Kem Khidmat Negara.  “Kedua-dua bapa saya dan saya tidak pernah memberitahu Menteri Pertahanan sebagaimana yang didakwa oleh beliau, dan kami juga tidak pernah mengucapkan terima kasih kepadanya”.

Hormati hak anak perempuan saya untuk privasi

Lim Guan Eng berharap bahawa Zahid hamidi boleh menghormati privasi anak perempuan beliau dan tidak seret dia ke dalam permainan politik Zahid untuk menjustifikasikan program Khidmat Negara.

“Bagi pemimpin BN untuk cuba menggunakan anak-anak saya sebagai modal politik untuk meningkatkan imej BN semasa mereka masih lagi belajar dan tidak terlibat dalam kehidupan awam adalah salah dan dikesali”.

“Saya menyeru pemimpin-pemimpin UMNO dan BN untuk membuang pembohongan anda pada dan janganlah terus mengheret anak-anak saya dengan pembohongan, kerana ia adalah satu tindakan terdesak yang menunjukkan kekurangan nilai-nilai moral dan ketiadaan pertimbangan etika”.








No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger