"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

07/01/2012

Anwar Didapati Bersalah, Dijatuhi Hukuman Dan Dibenar Ikat Jamin…





Mengulas mengenai keputusan mahkamah pada 9 Januari, Anwar turut melihat
perkembangan itu akan memihak kepada Pakatan Rakyat.

Malah ada di kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat yang berpendapat mereka akan meraih sokongan lebih besar "cukup untuk mengambil alih Putrajaya" sekiranya mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Anwar, kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Keadaan Yang Amat Menarik

Satu keadaan yang amat menarik telah berlaku semasa temubual Anwar dengan Malaysiakini.  Setelah diberikan rentetan perkara yang akan berlaku dalam seminggu ini, seseorang akan berfikir bahawa Ketua Umum Keadilan,  Anwar Ibrahim akan kehabisan perkara yang boleh diperkatakan.

Dengan mengenakan pakaian “classy stripe suit” yang amat meyakinkan semasa pertemuan dengan Malaysiakini untuk temuduga semalam, Anwar langsung tidak menunjukkan kegelisahan, bahkan beliau menunjukkan keyakinan yang amat tinggi, hampir tidak sedikit pun merasakan bahang keputusan perbicaraan liwat yang akan dihantar pada hari Isnin nanti.

Dengan meminta secawan kopi dari pembantu beliau, manusia yang berusia 64 tahun itu hanya mengeluh tentang rasa "sedikit mengantuk" pada masa itu, dan seterusnya menambah bahawa ini bukanlah disebabkan berterusan berceramah di seluruh negara.

Anwar bagaimanapun terus membuka bicara dengan menceritakan telatah anak lelaki tunggalnya, Ehsan, yang kini berada di dalam negara untuk menghadiri majlis perkahwinan kakaknya.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat jarang bercerita mengenai anak lelaki beliau, Ehsan yang kini menuntut di peringkat sarjana di sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Dengan berjenaka, Anwar mengambil peluang itu untuk menceritakan mengenai Ehsan yang telah dijadikan sebagai modal untuk menyerang beliau berhubung perbicaraan kes Liwat 2 yang bakal diputuskan minggu depan.

"Awal-awal pagi lagi anaknya itu sudah mengajaknya untuk bersenam", kata Anwar yang mengharungi jadual sibuk saban hari sehingga beliau terpaksa pulang ke rumah pada jam dua pagi.

Ketulenan Perjuangan Anwar Ibrahim

Jika kita berfikir sejenak… bagaimana jikalau kita sendiri berada di dalam kedudukan Anwar Ibrahim… tentunya menggelupur perasaan hidup tak tentu arah dalam masa seminggu ini.

Tapi, bagi seorang pejuang tulen, tidak ada apa-apa yang perlu digusarkan…. Masuk penjara, bagi Anwar tidak mengapa… kerana inilah harga perjuangan yang perlu dilalui untuk menyedarkan Rakyat betapa perlunya Rakyat di negara ini melakukan perubahan.

Kegusaran Anwar ialah apabila Rakyat membutakan mata, memekakkan telinga bila berhadapan dengan masalah-masalah yang dihadapi rakyat seperti harga barang naik, kos kehidupan memeritkan seluruh keluarga kita, wang rakyat dikhianati oleh pemimpin korup dan akhirnya Rakyat Malaysia berterusan ditipu oleh Umno dan Barisan nasional demi kepentingan politik dan kuasa mereka.

Kalau nak disabitkan kesalahan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim… dari dulu lagi puak-puak pemimpin UmnoBn akan mengorek selagi boleh semua penyelewengan Anwar sejak beliau memasuki Umno pada tahun 1982.

Tetapi TIDAK ADA SATU PUN tuduhan penyelewengan yang didedahkan atau dibuktikan semenjak beliau dipecat pada 2 September 1998.


Kalau ada seinci tanah yang diambil oleh Anwar, sudah pasti tuduhan akan dibongkarkan… Jika ada  satu penyelewengan kewangan berlaku semasa beliau Menteri Kewangan selama 8 tahun, sudah pasti beliau sudah lama didakwa di mahkamah.  Kalau ada satu pembongkaran mengenai beliau memiliki rumah Jutaan Ringgit, sudah tentu Anwar senasib Khir Toyo…

SEKS

Sebab itu Anwar dituduh dengan tuduhan yang membabitkan seks sejak dari zaman Fitnah Mahathir hingga ke zaman Fitnah 2 Najib.  Sebab isu seks ini membuka selera mata dan telinga kebanyakan rakyat di dunia ini…

Isu seks ini tidak perlu menunjukkan bukti… apabila diperkatakan orang tentang seks… adrenalin manusia akan meningkat… dan orang mudah percaya… terutamanya orang Islam yang tiada pegangan AlQuran yang tidak takut memfitnah sesama manusia tanpa 4 orang saksi yang adil…

Sebab itu kes Fitnah 2 ini hanya membabitkan “kata-kata” Saiful sahaja sebagai bukti pendakwaan tanpa bukti berdokumentasi yang kukuh untuk mendakwa.  Mereka hanya mencipta persepsi dari ayat-ayat yang diperkatakan oleh Saiful, yang boleh memesongkan pemikiran manusia yang tiada pegangan agama Islam dan AlQuran.

Dengan keadaan dan  tanggapan orang ramai yang berlaku sekarang ini, maka Najib, Umno dan Bn akan “menitahkan” bahawa Anwar didapati bersalah, dikenakan hukuman dan dibenarkan ikat jamin, kerana Anwar tidak boleh dimasukkan ke penjara kerana peristiwa dan kebangkitan Rakyat tahun 1998 akan berulang.

Inikah yang akan berlaku???  Kerana Najib sudah tidak sanggup untuk menghadapi kehilangan pengundi atas pagar orang-orang Melayu, dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat akan terbantut dalam tindakan seterusnya…


Adakah ini ‘Checkmate’ untuk Anwar atau ‘Checkmate’ untuk Najib …?!!!


- Reformis Anak Muda

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger