"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

12/01/2012

PERKASA Dituduh Dalang Letupan Bom '901'…


Keadilan hari ini menolak dakwaan bahawa penyokong Pakatan Rakyat terlibat
di sebalik letupan bom semasa perhimpunan  "901".  Tetapi menunjukkan sebaliknya bahawa Pertubuhan Perkasa boleh dikaitkan dengan serangan-serangan tersebut.

Mencabar kumpulan hak Melayu untuk menafikan penglibatannya, Ketua Pemuda Keadilan Shamsul Iskandar berkata, kejadian itu mungkin satu percubaan untuk mengotori imej polis dan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang telah hadir untuk menunggu keputusan Fitnah II.

Naib Presiden Keadilan, Tian Chua berkata, "letupan serius. Mereka boleh mengakibatkan rakyat terbunuh.  Kami melihat ini sebagai sebahagian daripada rencana Najib untuk membuat rusuhan dan menggunakan ia untuk menakut-nakutkan rakyat supaya menerima satu sabitan bagi Anwar Ibrahim".


"Dan saya tidak akan berada di sini bercakap kepada anda sekarang jika mahkamah mendapati Anwar bersalah. Sudah tentu saya akan berada di dalam penjara di bawah ISA", kata Tian Chua.

Shamsul turut membidas Utusan Malaysia hari ini memetik sebuah artikel "sumber polis" bahawa ketiga-tiga bom buatan sendiri, dijumpai disembunyikan di bawah kon lalu lintas di luar kompleks mahkamah, dipunyai oleh penyokong Pakatan Rakyat.   Dan ia agak "ganjil" bahawa Utusan Malaysia telah melaporkan keputusan penyiasatan kejadian itu walaupun polis belum mendedahkan penemuan mereka sendiri.

Angkatan Muda Keadilan menggesa Utusan Malaysia untuk mendedahkan identiti "sumber polis" yang mendakwa bahawa ketiga-tiga bom milik kepada peserta '901', dan mencabar Perkasa untuk menafikan sebarang penglibatan dalam kejadian itu.

"Kita semua sedar bahawa penyokong Saiful Bukhari, berada di kawasan sekitar Mahkamah untuk malakukan provokasi termasuk beberapa ahli Perkasa juga kelihatan berada berhampiran lokasi di mana bom meletup".


Sebelum itu, Ibrahim Ali juga mengeluarkan kenyataan media bahawa Perkasa akan menyebabkan provokasi semasa perhimpunan '901'.

Peserta perhimpunan hanya dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah pada 6.30 pagi dan di bawah pengawasan berat polis.  Pihak polis telah memeriksa barang-barang kepunyaan peserta sebelum mereka dibenarkan masuk ke mahkamah dan pengawasan berterusan sehingga perhimpunan itu bersurai.

Yang paling menghairankan, bagaimana Menteri Kesihatan,Liow Tiong Lai mengarahkan 3 buah ambulan disediakan di mahkamah semasa perhimpunan tersebut…?!!!


.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger