"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

13/01/2012

MAIWP Kata ‘OK’… Wang Zakat Diguna Menentang Perlaksanaan Hukum Allah


Hari ini Pengarah MAIWP, Datuk Che Mat Che AlI berkata, bahawa Wang
Zakat yang digunakan oleh menteri hal ehwal Islam, Jamil Khir untuk membayar yuran guaman mereka adalah untuk "mempertahankan kedaulatan dan maruah sebuah institusi Islam".

DUNIA SUDAH TERBALIK

Sebuah institusi Islam yang bernama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah digunakan oleh beberapa kerat manusia yang mempunyai latarbelakang agama tetapi dalam masa yang sama mereka ini ada kepentingan politik mempertahankan kuasa dan membiarkan kezaliman berlaku.

Apakah dengan menggunakan wang zakat MAIWP bagi membayar wang guaman untuk MENENTANG prosiding pertuduhan qazaf terhadap Mohd saiful yang dituntut oleh Anwar Ibrahim, ADALAH "mempertahankan kedaulatan dan maruah sebuah institusi Islam"..???

Sepatutnya MAIWP sebagai sebuah institusi Islam wajib membenarkan sebarang permohonan untuk meneruskan prosiding qazaf di mahkamah syariah selari prinsip utama Maqasid Syariah atau tujuan Undang-undang Islam bagi untuk melindungi maruah individu dan memelihara hubungan antara manusia.


Anak-anak muda memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa 4 orang saksi disamping ikrar daripada individu yang dituduh.

Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Che Mat Che Ali dan MAIWP selepas mendedahkan dokumen-dokumen baucer dan salinan surat oleh Ketua Juruaudit, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid, yang mengesahkan bahawa sebanyak RM63,650 wang zakat telah digunakan untuk menjelas yuran guaman bagi ketiga-tiga mereka.

Dalam laporan siasatan Ambrin yang dilampirkan, Peguam Negara mengesahkan bahawa Che Mat telah meluluskan terlebih dahulu bayaran interim sebanyak RM31,500 dari MAIWP sebagai "peruntukan sumber umum untuk perkhidmatan undang-undang" pada 28 Januari, 2010 dan diluluskan pada 9 Februari 2010, melalui baucer No. 2010B01304.

Jamil Khir menafikan mereka menggunakan wang zakat tetapi dari wang khas yang diperuntukkan oleh Putrajaya.  Tetapi beliau  tidak membuat sebarang rujukan kepada dakwaan bahawa wang zakat digunakan buat pertama kalinya untuk menyelesaikan yuran.

Pakatan Rakyat telah menunjukkan bahawa laporan Ambrin menunjukkan wang itu digantikan hanya 6 (enam) bulan selepas ia digunakan dan perbuatan ketiga-tiga menggunakan dahulu wang daripada kumpulan wang zakat untuk menyelesaikan yuran undang-undang peribadi mereka melanggar Kanun Keseksaan.

ADAKAH PERBUATAN MEREKA "mempertahankan kedaulatan dan maruah sebuah institusi Islam" ataupun MENENTANG PERLAKSANAAN HUKUM ALLAH…?!!!

- Reformis Anak Muda


.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger