"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

06/01/2012

TERKINI !!! POLIS BENARKAN PERHIMPUNAN 901





Maklumat yang baru diterima, Sdr Azmin Ali baru sahaja

selesai mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis KL berhubung Perhimpunan Aman 901.


Pihak Polis membuat kenyataan bahawa Perhimpunan Aman 901 dibenarkan.


Beberapa syarat telah dikemukakan oleh pihak Polis.  Diantaranya, pihak Pakatan Rakyat mesti memberi Jaminan Perhimpunan itu aman dan teratur.


Berita selanjutnya akan menyusul...


Perhimpunan boleh diadakan di tempat Letak Kereta Mahkamah.


Satu sidang Media Khas akan diberi taklimat oleh Sdr Azmin Ali di ibu pejabat Keadilan pada jam 3 petang.





KeadilanDaily | 6 Januari 2012



KUALA LUMPUR 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali memberitahu, polis telah memberi kebenaran dan jaminan akan menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan yang bakal dianjurkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan.

“Kita telah bermuafakat dan bersetuju untuk meneruskan perhimpunan aman ini dengan beberapa perincian yang telah dibincang secara bersama,” kata Azmin selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu akan menerangkan secara terperinci mengenai rancangan dan keputusan yang telah dicapai untuk menjayakan perhimpunan pada 9 Januari itu, di Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.

“Tempat telah ditetapkan, perhimpunan akan diteruskan. Keputusannya positif dan saya gembira dengan polis tadi menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti politik khususnya pakatan rakyat,” katanya.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menerusi laman twitter beliau, pihak polis membenarkan ruang perkarangan kawasan letak kereta berhadapan dengan mahkamah untuk berhimpun.

Satu sidang tergempar bersama pimpinan KEADILAN akan diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya 3.00 petang ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan, pihaknya tidak akan mengharamkan himpunan berkenaan, sebaliknya mencadangkan supaya kawasan yang sesuai.

Terdahulu, , turut hadir pada pertemuan tersebut beberapa pimpinan KEADILAN termasuk ketua Wanita,  Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.

Pertemuan itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut.






No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger