"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

29/12/2011

SAH ! Umno BN Pulau Pinang Hancor !!!




Laporan terdahulu bahawa Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon
telah meletak jawatan daripada semua jawatan parti, dan KELUAR BN bersama-sama 439 ahli.  Akan ada lagi ahli dari BN akan keluar parti dalam masa terdekat... (sumber berita) . Yang terkini, keseluruhan ahli MCA yang keluar parti sudah melebihi 1,000 orang termasuk di negeri Johor.

Laporan KEHANCURAN BN di Pulau Pinang sudah dilaporkan 2 hari lepas oleh blog Reformis Anak Muda, yang mana Pembangkang Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang  jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah DICAMPAK begitu sahaja oleh Gerakan.

Parti Melayu Umno terpaksa melutut dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang.

Zahid Hamidi pernah lantang meminta supaya Umno menjadi Pengerusi Bn negeri, kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

"Parti Gerakan tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," tegas Zahid.

Pergolakan Bn Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa ‘Bangkai’ mereka sebenarnya amat membusukkan… dan kerana itu, mereka cuba menutup isu ini dengan ‘kononnya’ ramai ahli PR keluar di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ismail mengoyak gambar Koh Tsu Koon 
Beberapa waktu yang lepas, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai Pendatang' sebelum ini, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri dan punca pergolakan ini berlaku.

Pergolakan ini menggambarkan masalah besar Bn yang dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' BN di seluruh negara kelak.

KECOH FASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA

Tapi… apa boleh buat… Umno Pulau Pinang hanya pandai melalak terlolong di Pulau Pinang yang mengatakan ke seluruh dunia, bahawa Melayu akan hilang kuasa…. Tetapi hakikatnya UMNO yang akan hilang kuasa!!!

Bila Hampir Pilihanraya, Utusan Malaysia memainkan propaganda Nasib Bangsa Melayu yang bertujuan, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.

BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA


Kenapa surat khabar tak keluarkan fakta dibawah ini?

PRU11  -  BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123
PRU12  -  BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130

*Kerusi MELAYU PRU 12 =  UMNO-77,  PAS & PKR 53 (Sekarang Umno 77, Pakatan Rakyat 48, KATAK 5)


Oleh itu, pastikan PAS menang kerana PAS akan letak calon di kerusi Melayu, PKR dan DAP kerusi campuran dan sebab itulah PAS paling sedikit menang kerusi sebab MELAYU selalu ditipu. . . . 

4 comments:

  1. apahal pulak cina yg keluar parti, UMNO yg hancur ? bodoh punya orang.......ckp mcm syok sendiri je....

    ReplyDelete
  2. dah melalak terlolong zahid hamidi nak sangat Pengerusi BN penang, sampai koyak gambaq tsu koon... last last menyembah kat kaki parti gerakan.. apa punya HINA umno ni.. AKU MALU LA KAT ORG MELAYU UMNO kat penang... AKU HARI INI ISYTIHAR KELUAR UMNO !!! ptuiii...

    ReplyDelete
  3. umno akan tinggal batu nisan pada pru 13 nanti kesian umpornoooo

    ReplyDelete
  4. Kami harap org umno sedarlah bahawa umno sedang dan telah menipu org melayu sejak berkuasa 54 tahun lalu... kenapa??? umno tidak akan biarkan org melayu pandai, kaya, sihat... hanya kerana umno senang tarik hidung dan pegang tengkuk org melayu apabila org melayu bodoh, miskin dan berpenyakit spt penagih dadah, bohsia, mat rempit...

    ReplyDelete

Sahabat Blogger