"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

14/06/2012

Umur Hampir 90 Tahun, Jangan Takut Mati atau Dipenjara


Tak perlu takut jika rasa tak ada kesalahan dilakukan sepanjang 22 tahun pemerintahan negara ini.

Agak pelik dan hina untuk Tun Dr Mahathir membayangkan dalam blog CheDet semalam, kebimbangan beliau akan diperlakukan seperti kepada Gadaffi dan Mubarak yang mana kononnya Rakyat mahu melihat beliau diheret ke mahkamah dan dijatuhi hukuman mati atau sekurang-kurangnya hukuman penjara seumur hidup.

Rakyat Malaysia boleh memberi jaminan bahawa perdana menteri Malaysia keempat itu tidak akan berakhir seperti Gadaffi atau Mubarak.

Rakyat tidak mahu melihat beliau di penjara tetapi dia tidak boleh menghalang siasatan penuh ke atas pelbagai skandal kewangan dan politik semasa 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri.  Biarlah Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menentukan, bukannya Rakyat suka melihat beliau dipenjara, tetapi biarlah undang-undang yang menegakkan keadilan.

Rakyat juga sudah bijak menilai tuduhan yang direka terhadap Anwar Ibrahim yang kononnya mempunyai transaksi RM30 bilion dalam akaunnya adalah untuk mengalih isu sebenar.

Mahathir-Soros
Dr Mahathir telah dituduh bertanggungjawab untuk beberapa siri skandal kewangan, termasuk bencana  1992 pasaran pertukaran mata wang asing (forex), dimana Bank Negara telah menyatakan kehilangan sehingga RM30 bilion, untuk spekulasi mata wang. 

Ketua Pembangkang semasa zamannya, Lim Kit Siang menyatakan,"Ia adalah untuk beliau membuktikan kesnya kepada negara, kepada generasi masa depan dan sejarah".

Sebelum ini Mahathir telah mendakwa bahawa beliau tidak bersalah apa-apa penyalahgunaan kuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Rakyat akan tunggu dan lihat….


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger