"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

24/07/2012

Malaysia 1 - Arsenal 2

Keputusan muktamad, Malaysia 1 - Arsenal 2.

Dengan memakai jersi kuning, separuh masa pertama menyaksikan pasukan bolasepak negara mendahului dengan kelebihan 1 gol apabila pemain no. 11 negara Azmi Muslim menjaringkan gol cantik dari jarak jauh menewaskan penjaga gol Arsenal yang hanya memerhatikan sahaj bola masuk ke gawang gol.

Corak permainan Malaysia agak berlainan dari segi taktikal apabila peratusan pemain negara mengawal bola semasa permainan sama banyak dengan pasukan Arsenal.

Arsenal menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 86.  Dua minit kemudian Arsenal menjaringkan gol mendahului 2-1 dan seterusnya memenangi perlawanan

Apa-apa pun Tahniah kepada pasukan negara yang mempamerkan permainan yang ber'Taktikal' jika dibandingkan perlawanan sebelum ini yang hanya guna kederat sahaja.

Kami masih menegaskan di sini, bahawa kami inginkan perubahan dan ditukar pucuk pimpinan FAM yang terdiri daripada bukan kalangan profesional bolasepak.

Barulah... "Majulah sukan Bolasepak Untuk Negara"

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger