"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

05/05/2012

Bencana Untuk Najib Lagi : Senator Australia Akan Saman


Seluruh dunia mengutuk cara pengendalian pihak kerajaan pimpinan Najib Razak terhadap perhimpunan Bersih 3.0.

Dari keganasan pihak polis di bawah arahan Kementerian Dalam Negeri, sehinggalah kepada penapisan berita untuk media dari seluruh dunia mengenai Bersih 3.0, telah menyebabkan tekanan terhadap perdana menteri, Najib Razak semakin memuncak.


Tetap saman

Senator Australia, Nick Xenophon telah mengesahkan bahawa beliau benar-benar berhasrat untuk menyaman akhbar New Straits Times, walaupun dimohon maaf.

Ini bermakna bahawa penyalahgunaan dan manipulasi media Malaysia telah menjadi satu isu yang merentasi tiga benua sejak hujung minggu lalu, dengan BBC dan Al Jazeera juga mempertikaikan penapisan berita.

New Straits Times, yang dikawal oleh parti yang memerintah Malaysia, Umno, adalah salah satu akhbar utama yang telah mengambil bahagian dalam memfitnah Nick Xenophon sebagai penjenayah, serta juga sebahagian daripada usaha mentah mereka untuk mewujudkan sakit hati terhadapnya selepas beliau menghadiri perhimpunan Bersih 3.0.

Sanggupkah lagi Najib menerima tekanan yang hebat selepas ini, termasuklah pendedahan bahawa Najib semasa menjawat Menteri Pertahanan meminta RM3 bilion untuk syarikat Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCNS sebagai syarat bertemu beliau pada 14 Julai 2001.

Dan pendedahan dokumen skandal tersebut hanyalah 1 (satu) daripada 153 dokumen yang didedahkan setakat ini !!!


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger