"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

26/11/2012

MAHA 2013: Keadaan Tegang Peniaga Dianiaya


Expo Agriculture Asas Tani Pertanian & Nelayan, MAHA yang sedang diadakan di Serdang, Selangor anjuran MARDI dan kroni-kroni UmnoBn  mencetuskan satu pertikaian yang besar akibat ketidakadilan dan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga ekspo.


Sebentar tadi satu demonstrasi oleh peniaga-peniaga diadakan bagi membantah corak pengurussan yang amat merugikan mereka.




Sehingga setakat ini berita ditulis, masih belum ada penyelesaian dilakukan oleh pihak penganjur mahupun dari kementerian, malah ketua wakil peniaga mendakwa mereka menerima pesanan sms dari seorang menteri yang menyebut ..." jangan dilayan peniaga-peniaga ikan bilis..."

Wakil peniaga menyatakan, pada tahun lepas ekspo ini diuruskan oleh FAMA, dan ia berjalan dan diuruskan dengan baik dan cemerlang.  Akibat rasa "cemburunya" MARDI dengan kejayaan FAMA, maka mereka "hijack" projek ini dari FAMA, dan memberikan pengurusan kepada puak-puak kroni Umno.

7 comments:

  1. hinanya bangsaku wahai peniaga2 ikan bilis.. Allah swt bg akal..fikirkanlah penghinaan tsb (jika benar)..siapa anda pd pandangan menteri berkenaan. .masih nak memilih mereka2 yg celupar mulutnya ???tepuk dada tnyalah Iman.

    ReplyDelete
  2. mmg hampeh... peniaga ikan bilis...macam baguslah kau...aku ni carik rezekilah mangkuk hayun betoi...kau tu makan duit peniaga ikan bilis nilah bongok!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Syim azim, saya bangga kamu tega mencari rezeki halal dalam keadaan serba rumit. Kamu hero. Bapak menteri yang menghina rakyst yang sepatutnya dia serve bukan hero. Teruslah usaha dalam kesabaran. Apabila tiba masa dan ketikanya gunakan kuasa hero kamu untuk membuat perubahan.

    ReplyDelete
  4. Salam... Saya bersetuju dgn semua... Saya juga salah seorg peniaga di MAHA, telah menarik diri kerana masalah yg sama... bukan saya sahaja tetapi A&W juga menarik diri... Di dalam piket tersebut bukan sedikit yg ambil bahagian, hampir 200 peniaga juga... setelah perbincangan awal dgn urussetia yg dibuat tak tahu je akan masalah kami ini & beberapa tindakan lain, barulah dibuat piket ini... tetapi sebenarnya masih sama, TIADA TINDAKAN LANJUT DALAM PENYELESAIAN MASALAH PENIAGA2 INI OLEH PENGANJUR...

    Masalah yg kami dapat nyatakan di sini:
    1. Trem tidak berhenti di tapak niaga walaupun dijanjikan berhenti pada awalnya.
    2. Begitu banyak peniaga haram yg datang entah dari mana dgn selamba letak khemah2 mereka di laluan ke tapak niaga kami serta menutup jalan masuk ke tempat niaga kami.
    3. Khemah peniaga lain yg pada awalnya tiada di hadapan tapak niaga kami, tiba2 bercambah sehingga tapak kami seolah2 tertutup...
    4. PENGANJUR TIDAK TURUN PADANG MELIHAT KEADAAN INI YG MANA MENYEBABKAN HAL INI BERLAKU ATAUPUN...
    5. ADA PIHAK YG MAKAN DUIT TEPI A.K.A RASUAH UNTUK MENGHALALKAN PERKARA INI BERLAKU.

    Kami peniaga hanya mahukan trafik untuk perniagaan kami terutamanya bila dah duduk di tempat yang bayaran sewa ribu2 hanya untuk 10hari... jika tiada trafik pengunjung, memang takkan boleh niaga...

    Jika kami peniaga ikan bilis, kenapa kamu menteri buka tapak untuk peniaga ikan bilis ni? buka sahaja tapak di Hall besar2 tak perlu buka untuk peniaga ikan bilis...

    TAPI INGAT, PENIAGA IKAN BILIS NI LA YG HIDUPKAN PASAR TANI KAMU, PASAR MALAM, DAN YANG PALING PENTING... SELANGOR JATUH PADA 2008 JUGA SALAH SATU SEBAB BESARNYA ADALAH KERANA KEHILANGAN UNDI PENIAGA-PENIAGA IKAN BILIS INI...

    ReplyDelete
  5. Salam... Saya juga peniaga maha yang menarik diri ekoran masalah tapak yang sungguh menghampakan.. Sedih rasa bila jadi keadaan mcm ni. Apatah lagi ini kali pertama saya berniaga ekspo.. Biarlah tahun hadapan FAMA mengambil alih balik MAHA.. Jgn menindas hak peniaga kerana kami antara penjana ekonomi negara.

    ReplyDelete
  6. Las Vegas to open MGM Casino in October - JT Hub
    MGM Resorts International has 대전광역 출장마사지 announced plans to launch titanium tubing its MGM Resort 부천 출장마사지 in Las Vegas, Nevada, 구리 출장마사지 in October. 구미 출장샵 The $1.1 billion facility includes

    ReplyDelete

Sahabat Blogger