"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

11/10/2012

“Maaf kami tutup! Rosmah datang”


Kedutaan Malaysia di Qatar telah ditutup kepada orang ramai selama tiga hari untuk melayan dan memudahkan lawatan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Suatu notis yang memaklumkan mengenai penutupan itu telah dihantar kepada Persatuan Malaysia Qatar, organisasi yang mewakili ekspatriat Malaysia di negara Teluk, yang berjumlah hampir 5,000 orang.

Langkah itu tidak pernah berlaku sebelum ini, iaitu inilah kali pertama kedutaan ditutup untuk menyambut tetamu negeri.

"Kita boleh memahami jika pejabat ini ditutup bersempena dengan lawatan Yang Dipertuan Agong ataupun lawatan PM.  Tetapi untuk menutup kedutaan hanya kerana isteri perdana menteri yang akan datang, ia adalah menyusahkan," kata seorang warganegara Malaysia di Doha, tangisan kesukaran yang dihadapi oleh orang-orang yang terpaksa berurusan dengan kedutaan.

Lagak Rosmah Mansor yang dibenci oleh Rakyat Malaysia di dalam dan di luar negeri membuatkan kita tidak faham dan amat di luar jangkaan kita walaupun kunjungan pada masa lalu oleh Agong dan Perdana Menteri tidak menyebabkan penutupan mana-mana kedutaan Malaysia.

Rosmah tiba pada hari Ahad untuk menyampaikan ucaptama pada program Persatuan Peniaga Wanita Qatar dalam Forum Pelabur Dalaman Asia 2012.

Sepanjang penginapan beliau, beliau juga bertemu Sheikha Noor, isteri Perdana Menteri Qatar, diiringi oleh pegawai-pegawai Malaysia.

Anak-anak muda dah meluat, meluat, meluat dengan manusia macam ini… sebab itulah hutang Negara kita dah cecah setengah trillion Ringgit (500 bilion) dalam masa Najib perintah negara ini, kalau dibandingkan zaman 5 perdana menteri sebelum ini hanya 250 bilion hutang negara…


2 comments:

  1. Maka dengan itu marilah kita bersama-sama talkinkan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Anonymous18/10/12

    salam,

    Rosmah bantu kita menang sbnrnye huhu^^

    KLIK bertuturlah dalam BM, PM beritahu masyarakat Cina

    ReplyDelete

Sahabat Blogger