"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

09/08/2012

Patutlah UmnoBn Gelabah…Selangor Ambil Alih 4 Syarikat Konsesi Air


Minggu lepas Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan Kerajaan Selangor melaksanakan skim penstrukturan semula bekalan air.

Semalam pula, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail menyatakan SYABAS sedia duduk semeja dengan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan isu air dapat diselesaikan.

Menggelabah UmnoBn...!  Agaknya mereka sudah dapat maklumat bahawa Kerajaan negeri Selangor sedang mengatur langkah untuk mengambilalih 4 buah syarikat konsesi air di Selangor.

Kebijaksanaan Tan Sri Khalid Ibrahim

Satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Negeri Selangor Muhammad Khusrin Munawi telah ditubuhkan untuk memuktamadkan rancangan untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor menjelang bulan depan, kata Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim.

Keempat-empat syarikat adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS.

Pengambilalihan itu akan dilakukan berdasarkan nilai pasaran yang paling munasabah, Khalid Ibrahim berkata dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Jika pemegang konsesi menolak harga yang ditawarkan, mereka boleh mengambil perkara itu kepada badan bebas yang akan menentukan harga yang sesuai.  Kerajaan negeri akan mematuhi keputusan yang dibuat oleh badan bebas tersebut," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga akan mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memastikan bahawa aset pajakan proses air dan pengambilalihan liabiliti industri air di negeri ini diselesaikan secara serentak.

Pada masa yang sama, beliau berkata aktiviti pemantauan yang ditubuhkan oleh jawatankuasa pemantauan bekalan air pada Syabas akan diteruskan seperti biasa.


2 comments:

  1. salam tuan boleh blogliskan bloh saya http://zulhairiaziz99.blogspot.com dalam RAM T KASIH

    ReplyDelete

Sahabat Blogger