"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

29/10/2011

Mustahilkah Orang UMNO Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil, kerana Allah
menjanjikan pertolongan kepada orang yang menuju kebaikan dan bercakap benar. 


Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah… mohon dihindari perubahan sebegini).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan…


Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?  Adakah kerana diri orang yang berubah ke arah yang lebih negatif ini lemah untuk melawan godaan syaitan?


"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62


Marilah kita beristighfar dan ambil masa, fikir sejenak.  Yang mana lebih kita pentingkan dan kita kejarkan? Perubahan yang lebih bagus atau yang tidak baik?


Pastinya perubahan yang lebih bagus.


Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang penuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.


Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia :


"Eh, kenapa budak tu pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, dia dah mula berubah… insya Allah sentiasa dirahmatinya"


Apabila Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan dakwah beliau melalui politik, ada yang mengganggu dan meghina beliau.  Dan apabila Lim Guan Eng membantu rakyat miskin dan membantu seorang anak melayu yang dirogol pemimpin UMNO, beliau dipenjarakan 2 tahun.


Apabila Anwar Ibrahim berjuang untuk melakukan perubahan di negara ini, ada segelintir manusia yang sanggup memfitnah dan mengaibkan beliau.  Yang paling teruk beliau dibelasah dan dipenjarakan 6 tahun.  Renungkanlah… Adakah seorang yang disungkurkan begitu teruk sekali… boleh  bangun semula dan teruskan perjuangan sehingga mendapat sokongan padu semula dari rakyat… kita tanya diri kita sendiri… mampukah kita lakukan… atau itulah janji Allah swt…?   


Kepada ahli-ahli UMNO dan yang menyokong UMNO, hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita dan orang lain, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru yang lebih baik, berat lagi hati ini untuk melakukan perubahan positif.


Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.  Janganlah semata-mata ada kepentingan politik, ada kepentingan sumber kewangan dan projek, dan yang lebih teruk lagi yang percaya bulat-bulat propaganda Utusan Malaysia dan TV3 memfitnah tanpa merujuk Al Quran dan Hadis, kita tidak mahu berubah menyokong kebenaran dan menentang kezaliman.


Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2


Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?  Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.


Andai kita rasa, perubahan sikap seperti menghindari perbuatan fitnah itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.


Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan melarikan diri dari medan perjuangan dan dakwah.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger