"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

20/09/2011

Kenapa Anak Muda Perlu Bangkit ?


Kerajaan yang diterajui oleh BN sekarang begitu lemah sehingga tidak
berkeupayaan lagi menguruskan kebajikan rakyat dan pembangunan negara.

Slogan “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” hanyalah
merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan BN. Pencapaian yang disasarkan melalui pelbagai program seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara [NKRA], Program Transformasi Ekonomi [ETP] dan lainnya, secara realiti tidak dirasai oleh seluruh rakyat.

Hakikatnya kualiti hidup rakyat Malaysia semakin merosot dan lebih menyedihkan lagi Generasi Muda ini terus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Sekiranya semua situasi ini boleh saya simpulkan kepada satu ayat ringkas, maka saya menegaskan “SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN”.
Sebagai renungan, di sini disertakan beberapa data yang dikemukakan secara rasmi dalam media massa di negara kita.

Bunuh diri

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia atau National Suicide Registry Malaysia (NSRM), daripada bulan Januari hingga Ogos tahun lepas (2010), jumlah kes bunuh diri melibatkan 425 orang dengan purata 60 orang sebulan. Ertinya, setiap hari dua orang rakyat Malaysia mencabut nyawa sendiri.


Petunjuk ini begitu mengejutkan kerana jumlah ini hampir menyamai kadar bunuh diri yang berlaku di Amerika Syarikat.  Di mana kesungguhan kerajaan untuk menangani kebejatan ini?

Buang Bayi

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf mencatatkan peningkatan ketara iaitu 16,100 orang pada 2007, 16,541 orang pada 2008 dan 17,303 orang pada 2009.

Tahun 2011, keadaan dilihat semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes pembuangan bayi berlaku.

Jenayah Juvana

Sekiranya kita merujuk kepada kes jenayah juvana pula, ianya semakin membimbangkan. Jenayah ini meliputi kes penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, gejala buli, pengambilan pil khayal, peras ugut, terlibat dengan kumpulan haram, menonton video lucah dan pelbagai kegiatan lain yang berhubung kait dengan jenayah.

Menurut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolah di seluruh negara, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes kecurian. Perangkaan ini sebenarnya belum termasuk kes jenayah juvana yang tidak dilaporkan kepada pihak berwajib.

Kemalangan Jalanraya

Antara statistik yang membimbangkan adalah statistik kemalangan jalan raya di Malaysia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dipetik berkata, kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan.


Golongan yang paling ramai terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah dalam lingkungan 25-30 tahun iaitu sebanyak 50%.
Lingkungan umur ini adalah merangkumi usia anak-anak muda! Bayangkan berapa ramai bakal doktor, jurutera, guru, peguam, usahawan tani, hatta ulama terbilang maut di jalan raya!

Menyorot dari sudut ekonomi, kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran. Jumlah kerugian ini hampir menyamai jumlah perbelanjaan beberapa kerajaan negeri dalam tempoh setahun!

Kegagalan menangani permasalahan yang meruncing ini akan melumpuhkan upaya dan bakat yang dimiliki oleh generasi muda negara sekaligus memperjudikan masa depan negara dan ummah. 


Kepada seluruh Generasi Anak Muda di Malaysia, apakah beberapa kes kebejatan sosial seperti yang didedahkan ini tidak membimbangkan? Andai kebimbangan mula dirasai, maka SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger