"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

03/03/2013

NAJIB: Kejadian di Lahad Datu bukan konspirasi Umno


2 orang anggota polis yang AKAN dibunuh gantung sampai mati dalam kes Altantuya... Arahan siapa?!!!

Adakah ini bermakna Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang membunuh Altantuya… saja-saja seronok nak bunuh orang..??! Tanpa motif..?!!


Mungkin Najib akan berkata beliau dan isteri sebak dan sedih apabila berhadapan dengan balu dan anak-anak kedua-dua polis itu nanti...



Berita berkaitan…

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk keras kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menuduh insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah "konspirasi terancang kerajaan Umno".

Perdana menteri berkata tuduhan itu adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir. "Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca. "Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian. Dalam soal keselamatan kami tidak sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia," kata perdana menteri semasa berucap merasmikan program jelajah 'Janji Di Tepati' peringkat negeri Perlis di Kangar hari ini. Najib yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir pada pelancaran itu Menteri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu. Perdana menteri berkata manusia yang tiada nilai kemanusiaan dan isi perut sanggup melakukan perbuatan keji apatah lagi berdusta dan mereka tidak boleh diterima sebagai pemimpin.

"Di Sauk dulu pun dikatakan kita. Di Memali pun kami dimomok. Orang mati di Lahad Datu kita tidak boleh main sandiwara," kata perdana menteri sambil menyatakan bahawa tiada orang sanggup menjadi pelakon untuk mati. "Kita mesti katakan bahawa semua pasukan keselamatan akan dibela kerana mereka menggadai nyawa. Pejuang negara sepatutnya disanjung, bukan dihina dan diperlekeh. Jadi janganlah main politik dalam soal keselamatan," katanya.

Najib berkata beliau dan isteri sebak dan sedih apabila berhadapan dengan balu dan anak-anak kedua-dua polis yang syahid dalam berjuang mempertahankan negara itu. "Anak-anak polis yang syahid itu akan membesar tanpa ayah. Sementara itu perdana menteri berkata masanya akan tiba bagi rakyat Malaysia menentukan sebuah kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka dan menjanjikan masa depan lebih cerah.

 - Bernama

2 comments:

  1. Anonymous9/8/22

    started out with an incredible objective of ensuring environmental sustainability through innovative green engineering. Our journey began as a fertilizer manufacturing company, utilizing 정선초콜릿
    화천초콜릿
    양구초콜릿
    인제초콜릿
    고성초콜릿
    양양초콜릿
    금산초콜릿available wastes and converting them into value-added nutrition for plants.

    ReplyDelete

Sahabat Blogger